what they did

Friday, February 17, 2017

KL-HCMC-KL Overland: Cambodia Part 2

Salam'alaik...

Aku dah try godek-godek hard disk, tapi tak jumpa la gambar yang sesuai nak letak kat post sebelum ni. Dan yang paling frust, gambar katil dalam bas tu takde! Haha. Mesti aku tengah menggelabah masa tu sebab bas dah nak jalan, so tak terfikir nak ambik gambar. Maaflah ye. Hehe. Dan lagi satu, aku tak perasan aku ada mention di mana-mana, tapi untuk pengetahuan korang, aku gi trip ni ngan member aku.

------------------------------------

Nama hotel yang aku mintak driver motor semalam tu hantar ialah Seng Hout Hotel. Bilik kat hotel tu agak nice la. Ambik bilik yang ada kipas, takde aircond. Sebab planning nak stay kejap je, membazir kalau ambik aircond. Dapat je bilik, membuta la kejap. Buat hilang penat. Tapi tak dapat nak lama, sebab nak kejar masa. Banyak tempat jugak nak pusing Battambang ni.

Sebelum jam 9 pagi, aku dah turun gi receptionist. Mintak depa carikan driver tuk-tuk. Oh, lupa. Semalam masa tunggu receptionist hotel ni bukak pintu, ada guard hotel yang fasih berbahasa Melayu, suggest kami ambik sorang driver tuktuk ni. Actually hotel ni ada a few tuktuk driver yang depa dah letak dalam list kat guest book depa. Dan tuktuk driver yang guard hotel malam tadi bagi tu pun rupanya memang ada dalam list tu. So, receptionist hotel tolong contact tuktuk driver tu, dan alhamdulillah dia free dan boleh ambik kami around 9.30 pagi. So sementara tunggu driver tu sampai, berselfie je la kat lobi hotel. Haha.



Bila tuktuk driver sampai, kami bagitau la dia plan kami roughly hari tu. Selepas nego-nego harga dan lokasi-lokasi dan anggaran masa untuk catch van ke sempadan Thai, so kami pun bergeraklah ke destinasi pertama, Bamboo Train. Tak jauh pun hotel tu dengan Bamboo Train tu. Around 15 minit je. Lupa, kami terus check out dari hotel tadi sebab kami nak ke border Cambodia-Thai hari yang sama. Haha. Sekejap gila check in. Tapi ok la, hotel bagi harga discount jadi $5 sebab half day.


Sampai je Bamboo Train, ramai la jugak orang dah masa tu. Kami tinggalkan beg kat tuktuk even mula-mula was-was jugak nak tinggal. Tapi tawakkal je la. Ada pegawai beruniform yang jaga dan kena bayar, $5 per person. Bamboo Train ni, orang kat sini panggil Norry. Bamboo Train ni sebenarnya rail keretapi lama yang tak jadi kot. Aku lupa history dia. Haha. Jadi silalah google. Tapi yang menarik pasal  Norry ni yang buat kami cancel route Siem Reap dan menuju ke Battambang instead, adalah sebab cara depa kendalikan train ni. Basically Norry ni diperbuat dari buluh-buluh yang disusun dan depa letak atas pulley la kot namanya, macam roda. Then nak bagi benda alah ni bergerak, depa letak motor. Then, depa letak satu norry atas rail keretapi. Rail keretapi pulak ada satu je. Jadi kalau ada lagi satu norry yang datang dari arah bertentangan, sallah satu nory kena mengalah dan depa akan disassemble norry ni untuk bagi laluan norry lagi satu lalu. Lepas tu assemble semula norry dan bolehlah teruskan perjalanan. Faham tak? Haha.

Gambar ihsan google sebab aku takde gambar yang senonoh untuk dipertontonkan. Ini la rupa norry.
Sepanjang perjalanan tu memang berkali-kali la turun naik norry ni untuk bagi laluan kat norry lain untuk lalu. Nice experience. Haha. Lepas sampai hujung landasan tu, driver tinggalkan dalam 10 ke 15 minit, lepas tu kami pun patah balik. Kat hujung landasan tu ada la beberapa kedai yang jual shawl, air kelapa. Tapi sebab bajet yang sangat terhad dan harga yang depa letak pulak kemain mahal, so takde la aku membelinya. Haha. Kesian depa. So, basically itu je la route norry tu.

Settle norry, hari dah tengahari. Driver tuktuk bawak gi beli roti daging buatan Muslim. Serius terbaik weh. Daging tu depa handmade. Tapi kami makan roti tu malam tu masa kat Arayanpratet. Sebab takut tak jumpa kedai halal. Haha. Lepas tapau roti, driver tuktuk bawak kami makan nasi untuk lunch. Menu simple je, tapi sedap. Maybe sebab lapar kot. Haha. Bila kau dapat makan nasi kat negara orang ni, kau akan rasa nikmatnya makan. Haha.

Kedai jual roti daging marvellous!
Menu tengahari. Ikan talapia tasik Tonle Sap tu. Pastu kami jatuh cinta dengan teh Cambodia di sini. Haha.

Then, destinasi seterusnya, killing field. Kat sini la aku banyak belajar sejarah Cambodia yang selama ni aku tak pernah tau. Killing field ni menyimpan memori tentang kekejaman suku Khemr membunuh 10008 orang rakyat marhaen yang tidak berdosa hanya untuk menunjukkan kuasa. Peristiwa hitam ni berlaku sekitar tahun 70-an. Ilustrasi kekejaman suku Khmer ni dipahat di dinding wat kat sini. Menurut driver tuktuk tu, zaman sekarang ada lagi saki baki suku Khmer ni, tapi depa duduk terasing kat sempadan-sempadan Cambodia.

Antara ilustrasi yang mengisahkan kekejaman kaum Khmer.

Cerita yang berlaku. Sila zoom untuk paparan lebih jelas.

Sebaklah jugak aku baca kisah sejarah depa ni. Tahun 70-an tak la lama sangat. Kita kat Malaysia dah merdeka dah waktu tu. Tapi rakyat Cambodia hidup dalam ketakutan lagi. Sebak woo.

Habis di killing field, kami ke satu wat bernama Wat Ek Phnom. Yang menariknya tentang wat ni, ia adalah wat yang tertua di Battambang. Kira tak pergi Angkor wat tapi gi wat ni, kira ok la kan. Aku sejak gi Candi Borobudur dulu dan kecewa dengan ketidakbest-annya, aku terus tak minat nak gi candi, wat dan yang seangkatan. Sebab tu aku reject Angkor Wat dan ke Battambang. Haha. Tapi dah takde tempat lain nak pusing, gi je la wat ni kan. Haha. Dapatlah jugak minum air tebu kat luar wat tu menghilangkan haus. Kakaka.

Tapi sebelum sampai ke Wat Ek Phnom, tuktuk driver bawak kami ke tempat memproses rice paper. Rice paper ni depa buat macam balut popia ke ape ntah. Tapi makanan tradisi depa la

Proses pengeringan.

Dua beranak yang tengah bekerja.

Wat Ek Phnom.
 Cukuplah sampai situ dulu. Nanti aku sambung cerita lagi. Haha.
 Ciau~

Driver tuktuk yang berbakti.

Wednesday, February 15, 2017

KL-HCMC-KL Overland: Cambodia Part 1

Salam'alaik

Haha.. Kan aku dah kata, separuh jalan je semangat aku nak update kisah overland aku. Malas begitu mudah menguasai. Lagi satu sebab, aku dah lupa! Haha. Tapi takpelah, aku gagahkan juga belek gambar lama dan cuba untuk refresh memory. Sila datang kembali wahai memori.

-------------------------------------------

Kat dalam bas menuju ke Phnom Penh, seat aku hat paling belakang. Waktu naik tu, tak ramai lagi penumpang. Lepas bas mula bergerak dan singgah ke beberapa pit stop, bas makin ramai yang naik dan akhirnya penuh sebelum benar-benar meninggalkan bandar Ho Chi Minh.

Aku tak ingat dah berapa lama lepas tu kami sampai ke border Vietnam-Cambodia. Kat situ, kami kena turun dari bas, berkumpul dan beratur beramai-ramai untuk stamp passport keluar Vietnam. Simple gila border tu. Macam rupa gudang pun ada. Lepas habis stamp passport, kami kena naik bas semula untuk ke border belah Cambodia. Kat sini lebih nice. Sikit la. Lepas settle urusan kat border, perjalanan diteruskan. Entah berapa kali aku bangun tido dan bangun semula, akhirnya kami sampai ke bandar Phnom Penh. Waktu tu dah jam 9 malam waktu tempatan.

Sampai je, benda pertama aku cari, toilet. Haha. Lama tu atas bas tadi. Mujur office company bas yang aku naik tu ada toilet. Mudahlah kerja aku. Lepas settle urusan, perkara kedua, cari tiket bas ke Battambang. Aku tak ingat kenapa aku tak beli tiket kat company bas yang sama dari HCMC ke PP tadi, mungkin tiket habis atau tiket lewat atau juga mungkin mahal. Tapi waktu lepas cancel nak beli tiket dari bas Ibis (bas dari HCMC ke PP), ada sorang mamat datang offer tuk tuk dia. Aku beritahulah yang aku nak cari tiket bas ke Battambang, then nak cari kedai makanan halal then nak cari sim kad local. Dia cakap dia tau semua tu dan dia boleh bawak aku gi cari semua tu dan hantar aku semula ke stesen bas untuk ambik bas ke Battambang. Bagai orang mengantuk disorong bantal, setuju je la kan. Haha.

Lepas nego harga, dia pun bawak ke kaunter jual tiket bas. Alhamdulillah penjaga kaunter tu speak a decent English. Much better than me pulak tu! So dia pun promote la bamboo train kat Battambang yang memang aku dah bubuh dalam itinerary aku. Urusan jual beli tiket berakhir segera. Aku beli katil atas. Ok, bas depa ni ada sleepers which going to be a new experience for me. Mana ada bas ada katil kat Malaysia kan. Dua tingkat pulak tu. Aku ambik katil atas. Nanti kita cerita rupa katil tu macam mana. Haha.

Lepas settle urusan tiket, mamat tuktuk tu bawak aku ke tuktuk dia. Rupanya dia mencari rezeki ditemani wife dia dan anak dia sorang. Bagus betul wife dia. Mamat tu bawak la aku gi cari sim kad dan kedai makanan halal. Waktu tu kedai banyak dah tutup. Rasanya dah kira lewat malam jugak waktu tu. Kira rezeki la dapat beli simkad dan dapat makan kat kedai halal lepas seharian tak makan. Salah seorang pekerja kedai makan tu pernah menetap kat Johor rupanya, jadi dia fasih la cakap Melayu. Dia kata kat PP tu tak banayk kedai makan halal. Entah ye entah tak. Layan je la. Haha. Aku tumpang solat kat kedai makan tu. Lepas siap solat, waktu dah dekat pukul 10. Mamat tuktuk hantar balik ke stesen bas dan bas rupanya dah tunggu. Haha. Mujur tak terlepas bas je.

Ok tibalah part best. Haha. Aku memang tak boleh bayangkan la rupa bas berkatil ni macam mana. Sebelum naik, depa suruh tanggal kasut, masuk dalam plastik beg. Naik bas je, suasana suram. Laluan tengah sempit muat-muat je nak lalu sebab kiri kanan dah penuh dengan katil. Sampai ke katil aku, nak memanjat tu dah satu hal. Badan beratlah katakan. Lepas tu katil atas punyalah sempit. Cuba imagine, kalau kita naik bas ekspress kan ada tempat simpan beg kat atas kepala tu kan? Jarak antara tempat letak beg dengan katil tempat baring adalah lebih kurang dua jengkal. Kira senang cerita, depa kata boleh muat dua orang, tapi kalau naik dua orang, sorang akan tersiksa tak boleh duduk sebab terlalu sempit. Belum kira lagi katil aku tu air cond rosak, tak boleh slow. Beku woi!

Makanya sepanjang perjalanan aku rasa nak maki tapi ku tahan jebat. Haha. Tapi lelap la jugak maybe sebab penat kan. 

Around pukul 4 pagi kot, konduktor bas kejut kata dah sampai Battambang. Dengan muka selebet bangun tido, cepat-cepatlah turun bas. Turun je bas, dah kemain ramai penunggang moto tunggu, tanya nak gi mana. Semua berjaya kutepis. Aku cari port yang agak jauh dari depa semua. Bagi aku masa fikir kejap. Blur tak hilang lagi. Ada mamat lain pulak datang bertanya aku nak ke mana. Aku tak layan lagi sambil perhati sekeliling. Seriuslah. Sunyi kot kawasan bas tu turunkan kami. Lepas bas tu blah, dan moto-moto yang ada bawak penumpang depa, tinggallah a few other penunggang motor yang masih melepak menunggu penumpang dari bas seterusnya mungkin. Selain tu, takde apa pun kat situ. Bas turunkan kami semua memang tepi jalan. Bukannya stesen bas. Seriau gak aku. Dah la memang tak tau nak menuju hotel mana. Haha. Sementara mamat tu duk pujuk lagi suruh naik dengan dia, aku sempatla jugak search hotel terdekat. So, sebab cuak nak stay situ lama-lama, aku pun agree je la nak naik dengan mamat tu gi hotel yang aku search tu.

Alhamdulillah, selamat sampai ke hotel yang dituju. Alhamdulillah jugak hotel tu boleh je check in even pukul 4 pagi. Haha. Phew, lega dah dapat bilik. What a journey.

Ok, sampai sini dulu. Aku malas nak upload gambar. Nanti kalau ada aku update. Haha.

Ciau~

Monday, December 26, 2016

Kisah Sedikit Seram Pagi Isnin

Salam'alaik

Bukan nak sambung cerita perjalanan overland aku hari tu. Cuma nak berceloteh pasal kisah seram yang terjadi pada aku pagi ni. Eh, tetibe.

Aku masuk opis arini. Kengkonon nak siapkan calculation untuk ASME audit nanti. Kengkononlah. Tetibe aku ade kat sini kan. Cis.

Tengah kengkonon buat keje tu, rasa penat, stop lah kejap baca blog nurul. Baru macam confuse apa yang dia nak cerita dengan kisah kopi pagi dia tu, tetibe burr aku dengar bunyi dari belakang aku. Terkedu kejap. Aku sorang je kot dalam opis ni. Kenapa ada bunyi? Dengan cuak cuak berani, aku toleh jugak la belakang.

Woah!

Aircond tengah memuntahkan airnya yang datang dari mana aku pun tak tau. Harey! Penat aku cuak. Lalu aku cecepat lari ke suis untuk matikan suis dan cari cebok nak tadah air. 

Lalu aku duduk kembali menaip tulisan ini.

Tamat.

Wednesday, November 30, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 4

Salam'alaik

Perangai malas update da mula dah. Haha. Lambat je kan nak update. 

Aku suruh Encik Labu baca post aku before before ni. Dia kata aku punya post tak best. Sebab banyak sangat membebel. Dia suka baca post yang banyak gambar. 

Hm.

Aku suruh dia jangan baca lagi.

---------------------------------------------

Hari seterusnya bermula. Kat HCMC, waktu sejam lewat dari KL. Jadi, pukul 7pagi HCMC dah macam pukul 8pagi sebenarnya di KL. Matahari dah mencanak. Pagi tu sambil beralasperutkan megi Malaysia, aku melayan view pagi di lorong bawah hotel. Malam tadi banyak gerai makan kat bawah tu. Bau masakan depa pun kemain menusuk sampai aku kena makan megi secawan sebelum tidur sebab tanak bagi teruja sangat dengan bau yang menyelerakan itu. Kah!

View dari atas bilik. Kat bawah tu la banyak kedai makan malam tadi.

Aku tak ingat aku check out pukul berapa. Yang pasti, dah agak lewat.Tiket bas ke PP around pukul 12.30. Jadi sempatlah nak pusing bandar Saigon ni. Lepas check out, aku ke travel agency semalam, tumpang letak beg. Gile kau nak angkut beg berat tu ke hulu ke hilir. Memang tidaklah.

Aku tak pasti beliau jual ape. Bajet kamera DSLR agaknya, nak ambik gambar jalanan macam ni. Okbai.

Banyak sebenarnya attraction kat area HCMC ni. Tapi yang aku sesangat nak pergi adalah Central Post Office depa. Sebabnya, aku nak pos poskad ke Malaysia. Kah! Tak pernah travel pos poskad. Tengok orang lain buat, macam best je kan. Tu yang beriya tu. 

Muzium yang tutup.
Tugu Ho Chi Minh. Aku tak baca sejarah dia, haha. Tugu ni kat People Committee Hall dan ramai orang masa ni. Ada event kot.
Cathedral depan post office.
Jadi, sebab masa tak berapa nak banyak, terpaksa pilih-pilih tempat yang nak dilawati. Sepanjang jalan dari travel agency ke post office tu ada a few other attraction antaranya Ben Thanh Market, Revolutionary Museum, People Committee Hall dan exactly depan Central Post Office ada Cathedral Notre-Dame. Most of these places tutup hari tu sebab raya cina mungkin, atau sebab hari Ahad kot. Serius aku lupa. Haha. Jadi, boleh ambik gambar dari luar je la.

Yeah, ini tempat yagn dituju, Central Post Office. Ada gambar aku dengan model yang pakai ao dai depan pintu masuk, tapi seganlah nak post kat sini. Haha. Lupa. Hari ni kita boleh nampak kebanyakan wanita akan pakai ao dai, baju tradisional orang Vietnam. Macam baju raya la kiranya kan. CNY.
Penjual depan post office.

Kat post office pulak ramai tourist. Masing-masing tengah sibuk nak pos poskad macam aku jugak. Aku beli poskad kat sini je, 50000VD. Setem pulak 10500VD. 

Bajet sibuk tulis poskad.

This is it!

Lepas pos poskad, balik la semula ke travel agency tadi. Ngam la jugak sampai situ, bas pun sampai. Sebelum tu sempat la jugak beli buah untuk alas perut dalam bas sebab expected sampai ke PP around pukul 9/10 malam. Lama weh!

Around 12.30 tepat la jugak, bas pun gerak kutip penumpang lain dari other few check point kat situ. Boleh kata semuanya omputeh dalam bas tu. Haha. 

Jumpa orang jual kopi lagi arini. Belasah!
Maka, berakhirnya jelajah di kota Saigon. Sekejap je kan. Haha. Actually banyak tempat lagi boleh pergi kat Ho Chi Minh ni. Chu Chi tunnel dan Sungai Mekong. Tu memang famous. Kalau aku ada sehari je lagi kat HCMC memang aku gi, sebab jauh jugak dari HCMC nak ke area tu. Ambik masa sehari la jugak. Takpelah, misi trip kali ni adalah overland kan. So, focus on route je la. Next trip nak sambung dari HCMC mungkin boleh spend sikit masa ke either one of those tempat tu. 

Ok, cukup dulu untuk malam ni. Nanti sambung kat PP plak.

Friday, November 25, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 3

Salam'alaik

Aku ingat nak sambung menaip kat post semalam je, tetiba Nurul dah comment pulak, menandakan dia dah baca kisah aku. So, aku terpaksalah buat post baru lagi untuk sambungan kisah aku ni. Haha. Berlambaklah part aku untuk trip 6 hari ni nanti. Kah!

-----------------------------------------

Lepas dah dapat tiket ke PP untuk esok, misi seterusnya, cari tempat tidur! Kalau tak, nak suruh aku tidur kat bus stop ke camne? Based on research, ada la beberapa nama guest house atau backpacker dorm yang agak famous dalam kalangan backpackers Malaysia di area Nguyen Cu Trinh. Ikutkan pembacaan aku, ada katil yang cuma USD 5 per day! Tapi rata-rata bilik yang dijumpai, rate around USD 15 dan bilik pulak kat level 4!

Sebelum tu, masa kat travel agency tadi, sempatlah jugak pow dia punya physical map area HCMC ni. Misi mencari bilik menggunakan kedua-dua metod; physical map dan google map. Tapi, sebab dah biasa guna google map, nak baca physical map is very hard for me. Terbelek-belek. Terpusing-pusing. Haha. Naive!

Kim Anh Hotel address. Depa ada free hot water bebila yang kita nak. Request je. Nanti dia hantar.
Lepas penat pusing-pusing, keluar masuk guest house, nak cari bilik yang paling berbaloi la kekononnya, akhirnya jumpa satu bilik di Kim Anh Hotel. Harga bilik takde la terlalu murah; around USD 13-USD 17, cuma receptionist dia which also the son of the owner, was very good in speaking English. Siap slang kau! Rupanya mamat tu tengah study kat overseas. Lega amatlah bila dapat jumpa orang yang boleh speaking ni.

Bilikku. Ada peti ais, tv, wifi pun ada, tapi biasalah kan.

Petang tu habis dengan mencari bilik je. Haha. Mujurlah area tu memang berlambak backpacker hostel dan guest house. Tinggal rajin dengan tidak je la nak keluar masuk tanya.

Malam tu dihabiskan dengan pusing-pusing area Ben Than Market. Ok, Ben Than Market ni tempat biasa orang shopping. Tapi dia tutup malam. So, malam tu sambil-sambil cari tempat makan, jalan-jalan shopping la juga sikit kat lorong-lorong tepi market tu. Ramai je orang berjual kat situ. Sempat la jugak aku terpaksa beli beg galas tepi oleh seorang peniaga kat situ gara-gara cuba menawar harga. Ceritanya aku tanya je beg tu berapa harga. Dia sebut la berapa harganya. Bila tanya semula untuk mintak lebih murah, dia pun offer harga murah sikit. Then bila aku decide tanak beli sebab aku rasa agak mahal, dia gi pujuk macam hape, suruh beli jugak. Sampai tahap paksa dah sebenarnya. Then siap tak bagi aku keluar dari kedai dia lagi. Nak tak nak, beli la jugak tapi terpaksa beli. Pengajarannya, lepas ni gi mana-mana, sila jangan tawar harga kalau tak berminat nak beli.

Kawasan ni banyak kedai makan halal. Kat sini jugak first time try kopi ais Vietnam tu. Serius sedap weh!

Then, jumpa juga la akhirnya kedai makan muslim kat area belakang market. Rupanya area tu la orang Malaysia suka borong telekung Vietnam. Haha. Dan di sini jugaklah aku terjatuh hati dengan kopi ais Vietnam. Sebekas RM3. Sedap gila baq hang! Depa terima duit RM masa ni. Sekarang aku tak pastilah sebab matawang kita dah makin jatuh, kan. Ni semua salah kerajaan. Eh.

Bihun sup.  Ada sorang staff perempuan kat sini pernah keje kat Malaysia, so BM dia memang fasih la. Tapi most of Muslim kat sini boleh cakap Melayu walaupun tak begitu fasih.

Lepas pekena kopi ais dan bihun sup Vietnam, berjalanlah kembali musafir ini ke bilik. Sambil on the way balik tu, dapatlah tengok orang Vietnam sambut CNY kat dataran depan Ben Than Market. Satu benda perlu tahu, moto kereta kat HCMC ni bawak laju dan macam orang gile. Kita nak melintas jalan pun takut sebab nampak depa sangat laju dan susah sangat nak berhenti bagi laluan kat pedestrian. Tapi takde pulak nampak ade kes terlanggar ke ape. Kagum aku.

Tengah tengok gelagat driver kat HCMC dan sambil tengok CNY punya celebration, tetibe couple dari Penang tadi tegur. Depa baru balik dari mana entah. Depa la bagitau yang Ben Tanh Market tutup 4 hari termasuk esok. Memang tepatlah plan aku tanak ke Ben Tanh Market. Mujur juga dah beli souvenir sikit-sikit tadi. Lepas borak sikit-sikit, kami pun berpisah.

Malam makin larut, makanya balik tidur la. Esok another long day menunggu.

Sambung lagi nanti.

Thursday, November 24, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 2

Orang buat, dia nak buat jugak. Ambiklah.
Hari yang dinanti tiba. Berbekalkan sedikit research dari seat61.com dan beberapa blog tempatan yang aku sendiri dah lupa blog siapa, bertolaklah musafir ini ke bumi Saigon atau juga dikenali dengan nama Ho Chi Minh City, Vietnam. Aku tak ingat berapa jam flight. Haha. Dasar. Yang aku ingat, sampai je sana, benda first aku cari adalah toilet. Dan sedikit mengecewakan bila toilet airport tak sediakan pipe hose. Haha. Aku kan naive. Sebelum ni gi Indonesia, budaya tak banyak berbeza. Sampai kat HCMC, beza la sikit. Sikit je. Yang sengalnya sebab aku tak study langsung pasal toilet. Haha. Tak prepare mende. Terpaksalah guna ilmu istinjak yang ada di dada. Haha.

Benda kedua yang dicari, internet! Tanpa internet, macam mana nak tau arah tuju lepas tu, kan? Masa ni aku gi, of course lack research. Tak tau pun kewujudan poket WIFI macam sekarang ni kan. Atau mungkin juga awal tahun ni teknologi ni belum sampai Malaysia. Aku tak pasti. Cara utama nak dapatkan internet selain WIFI free, adalah simkad. Ok, memang memusing la jugak airport tu mencari simkad apa nak beli. 

Orang memang selalu cakap semua barang kat airport memang mahal berganda dari tempat lain. Simkad pun tak terkecuali. Melayang 220 000 Vietnam Dhong beli simkad. 220 000 VD tu bersamaan RM32 waktu tu tau! Mahal gile! Tapi sebab tak banyak pilihan, nak cepat, komunikasi pun susah, terpaksa beli juga. Nak beli sekeping simkad tu pun kemain lama sebab pekedai tu tak faham English. Bahasa Melayu memang mimpi je la kan. Memang language barrier sungguh.

Lepas beli simkad, tempat pertama dituju, bus stop. Based on research kat blog siapa entah, katanya bus stop untuk tunggu bas yang akan membawa penumpang ke Ben Tanh Market berada di depan Burger King. Betul memang ada bus stop kat situ. Kenapa Ben Tanh? Sebab memang kat situlah rasanya center kat HCMC tu. Haha. Actually area Ben Tanh tu banyak tourist attraction. Accommodation pun mudah nak cari area tu. Mostly blog yang dibaca pun suggest ke sana.

Actually masa jumpa bus stop tu, masih lagi tak confident tu bus stop. Time tengah mencari-cari tu, ada couple tegur. Rupanya depa dari Penang. Haha. Depa la yang membantu menconfirmkan kat situlah tempatnya nak tunggu bas.

Lepas 15 minit menunggu, driver bas pun sampai dan kami pun naik bas. Bas pun bergerak. Alahai, ayat aku. Haha. Kenderaan kat sini driver seat dia belah kiri. So, sedikit janggallah jugak sebab tak biasa. Along the way to Ben Tanh boleh nampak yang masyarakat kat situ tengah celebrate Chinese New Year juga. Sebab tu tiket flight mahal. Ramai yang nak sambut raya cina kat kampung agaknya. Agaknyalah.

Tempat bas turunkan penumpang.  Tanya officer tu pun kat sini.
Jalan raya HCMC.
HCMC.
Then, sampai di Ben Tanh, sekali lagi blur. Tak tahu nak ke mana. Haha. Couple tadi dah hilang cari hotel depa yang depa dah book awal. Tapi, first thing first. Tiket ke Phnom Penh/Siem Reap kena cari dulu. Maka sesi bertanya bermula. Sesi ayam bercakap dengan itik juga bermula. Haha. Nak dapat exact location tempat yang jual tiket ke PP sangatlah susah. Ada dua orang pegawai beruniform yang tak diketahui jawatan mereka, cuba membantu dengan menulis sesuatu di atas secebis kertas. Pada hemat aku, mungkin itu alamat kedai yang menjual tiket ke PP. Selepas memberi isyarat terima kasih dan thank you, misi mencari tempat seperti yang di alamat bermula. Sesi ayam dan itik bersambung. Akhirnya setelah berhenti bertanya berkali-kali, tempat yang dicari pun ditemui. Rupa premis itu seakan travel agency. Ada beberapa lagi travel agency yang terdapat di situ, tapi sebab dah letih, yang pertama dijumpai itulah yang ditanya. 

Alhamdulillah, receptionist  kat kedai tu boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Apesal Inggeris aku tu macam salah eja. Lantaklah. According to her, sekarang memang peak season. Jadi accommodation memang sedikit mahal dan tiket bas juga kemungkinan susah nak dapat. Plan asal ada dua, samada direct ke SR atau singgah ke PP sebelum ke SR. Dari kajian yang seciput, kita boleh naik bot laju dari PP ke SR. Malangnya, menurut receptionist, bot laju hanya akan berlepas setiap pagi dari PP. Memang tak sempatlah. Waktu tu dah tengah hari. Mana mungkin boleh sampai ke PP awal pagi esok kalau tengah hari pun aku masih di HCMC dan perjalanan dari HCMC ke PP lebih 6jam. Kot. Haha.

Jadi, tukarlah plan. Naik je la bas ke PP sebab tiket bas direct ke SR dah habis, peak season kan. Tapi harga tiket memang naik melampau. USD 25 per head. Harga normal cuma USD 12! Tapi, no choice terpaksa beli. Kaya, kan? Pengajaran kat sini, pastikan research juga perayaan local sebelum travel kalau tak nak harga melampau naiknya. 

Tapi, advantage gi travel time ada local festival ni best jugak sebab boleh tengok budaya orang. Rasa bertuah sebenarnya dapat tengok masyarakat kat sini pakai baju tradisional depa yang aku expect they won't wear during normal day. Nanti aku post gambar kalau ada. Haha.

Ok, sambung nanti.

KL-HCMC-KL Overland Vietnam: Part 1

Salam'alaik

Kisah yang bakal diceritakan kejap lagi mungkin membosankan sebab aku dah lupa terlalu banyak details untuk trip ni. Biasanya pulak, lepas aku tulis satu post tentang satu trip, aku akan malas nak menulis semula. Jadi, doakanlah aku berjaya habiskan 6 hari perjalanan ni dalam beberapa post. Tujuan aku buat post pasal trip ni adalah lebih untuk diri aku sendiri, bukan untuk rujukan orang lain. Jadi jangan la berharap sangat aku akan list down budget. Haha. Kalau tidak, takdelah aku sanggup recall balik kisah perjalanan yang dah lebih setengah tahun ni, kan?

Mulakan dengan tarikh. Exact date memang aku dah lupa. Yang aku ingat, cuti raya cina 2016. Haha. 6 hari trip. Plan redah jugak sebab kebetulan ada bonus tahun ni. So macam pendek akal sikit, tak tau nak buat apa dengan duit bonus, jomlah gi berjalan. Kebetulan juga aku dah lama usha route KL-London overland. Aku juga dah plan untuk buat a few trips untuk completekan route ni. Almaklumlah, budget sekadarnya je kan, terpaksalah buat trip pendek-pendek.

Jadi, lepas berkira-kira jumlah hari yang ada dan lokasi yg perlu dilawati, rasanya sempat kot nak buat trip KL-HCMC-KL dalam 6 hari. Plan asal, nak overland dari KL ke Ho Chi Minh City, then patah balik KL naik flight. Tapi bila check harga tiket flight dari KL ke HCMC mahal ya amat. RM500 tak silap aku one way. Masa tu dah agak patah hati dah. Yelah, bajet ciput la jugak even ada bonus kan. Jadi seboleh-bolehnya nak jimat la kan. Tetiba Allah bagi ilham, why not change the way? Ke HCMC by flight, balik KL baru overland. 

Alhamdulillah, harga tiket murah sikit, RM200++ je one way. Malindo. Bercahaya semula rasa kehidupan. Kah! Memang tak fikir panjang, terus beli tiket. Masa tu takde proper plan lagi pun sebenarnya nak buat apa di mana, nak kena naik tren kat mana, nak settle visa macam mana, pit stop pun tak tau kat mana. Accomodation memang jangan la tanya, tak fikir pun. Memang plan nak walk in je. Haha. Kaya kan? Kah!

Tapi sempat la jugak survey cara beli tiket KTM kat KL Sentral. Tapi semua tiket dah habis kalau ikutkan masa tanya di kaunter tiket KL Sentral. Haha. Entah macam mana, nekadkan juga hati sebab positively think that kalau tak dapat naik tren pun, bas mesti berlambak. Asalkan overland. Biarlah macam cheat sikit pun kan, tapi biarlah, route aku, trip aku. Haha.

Semua planning ni kalau tak silap aku take less than two weeks untuk dijayakan. Itu pun masih banyak scratch dan lubang-lubang planning di sana sini. Haha.

Ok, penat nak tulis. Lepas ni sambung hari kejadian.

Babai.

Barakallahufeek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...