what they did

Tuesday, November 13, 2012

Escape from KL to Penang

Bismillah...

Akhirnya dapat jugak internet untuk update kisah berjalan aku ke Penang last week. Credit to Juju yang meminjamkan laptop dan credit to wifi iiu yang mantap di kala entri ini ditaip. (Apehal tetiba aku nak credit kat uia neh?).

So, last week aku berjaya menjejakkan kaki untuk pertama kalinya ke Penang. Together with my office mate, Jihan, we planned to go to Pulau Jerjak actually. Join venture dengan member Jihan dari Penang, Ain. Tapi sebab last week Pulau Jerjak dah fully booked, semorang pun nak gi situ, kami pun tukar plan - Escape. Bagi yang tak tau, Escape is a theme park in Penang. Haha. Ape punya description la kan? Fail! Okey, Escape ni kira adventure punya theme park la. Tak macam Genting Kota Keriangan. Pi Genting boleh enjoy. Pi Escape korang boleh enjoy jugak, tapi enjoy in another way la. Haha.

Aku pun baru tahu kewujudan Escape neh time kami nak pi. Sebab Escape ni baru je bukak. Menurut pekerja mereka, Escape baru je bukak 7 Nov hari tu. So, memang teramat baru lagi. Dan menurut pekerja yang lain, management Escape ni kira sama akar umbinya dengan management Legoland Malaysia kat Nusajaya tu. Cuma maybe sebab Escape ni tak siap sepenuhnya (sebab sepatutnya ada water games jugak kat sini), maka promotion depa kurang meluas lagi.

Enough with the introduction. Okey, ni pintu masuk Escape. Nampak macam tak menarik je dari luar (at least for me, haha). Entrance fee RM60 untuk dewasa. Tapi during promotion ni ada less 20% jadi RM48. Tapi ada few games la yang kena bayar kat dalam tu macam Atan's Leap. Tapi games yang included in the package pun dah memandai. Depa pakai sistem kad, di mana anda perlu beli kad tersebut dan semua transaksi di dalam taman tema memerlukan anda menyerahkan kad untuk di'swap'. Baki kredit anda akan ditolak dari kad tersebut dan kalau tak habis guna, they will return back your balance.


So, inilah game pertama kami main. Go Ape kalau tak silap nama game ni. Game ni main panjat pokok. Ada 5 pokok termasuk 1 untuk kanak-kanak. Seriously kami underestimate game ni. Ala, anak orang kampung katanya. Setakat panjat pokok, apelah sangat. Sekali hamekau! First pokok pun tak lepas. Haha. Pokok kedua lepas sebab pokok tu straight je. Gambar Jihan kat bawah ni gambar kat second pokok la ni. Aku rasa abang yang guide tu mesti duk kutuk kami je sebab overconfident. Haha.
.
Lepas tu kami main game ni pulak. Tak ingat nama. Tapi ni la main attraction Escape. Ada 3 level of game. Each level got different circuit. Sekali lagi kami underestimate. Haha. Nampak dari bawah macam senang. Sat agi, berjaya complete level 2 je. Haha. Stamina dah kong. Hahaha.



Ni gambar Ain dah tak larat la neh. Berehat di tengah jalan. Haha.

Next, game cicak. Lupa jugak nama. Haha. Macam nak pecah rumah orang dah haa. Haha. Ada 4 level. Jihan lepas semua level. Aku sampai level 3 je. So Jihan dah dapat certificate nak pecah rumah orang dah. Lepas ni ada pecah rumah korang tau la nak cari sapa. Haha.



Ni la Atan's Leap yang korang kena bayar tu. Ada dua level. 13 meter dan 20 meter. Setiap terjunan RM10. Game ni Jihan ngan Jimmy je yang main. Sebab yang lain dah takde stamina. Aku plak tanak main sebab takde bajet (tanak mengaku dah pancit!).Menurut pengalaman Jihan dan Jimmy, game ni tak free fall pun. So, tak terlalu mencabar.

Last game, lupa jugak nama. Tapi ala-ala kat water theme park la. Cuma kat sini tak bestnya, korang kena bawak naik sendiri pelampung tu naik bukit. Penat seyh nak seret pelampung tu. Haha. Turunnya tak sampai seminit pun. Haha.

Lastly, kami inter frame depan kebun sayur depa. Haha.

Okey la kalau nak pi Escape ni. Cuma baru bukak ni, management fail sikit la. Lagi-lagi bab kad tuh. Locker pun kena bayar, tapi tak guna kad pulak. Nak naik Atan's Leap kena bayar, tapi kena beli token dulu. Time masuk tak bagitau awal-awal. They should improve this la. Tapi dimaafkan sebab baru lagi kan. Sape yang dah boleh berlari terus lepas lahir?

Sunday, November 4, 2012

memanjat!

Bismillah...

Huuuu!!! Lama gila blog ni tak berupdate hokeyy!! So much happened to me these past few months. Tapi sebab takde masa nak update plus takde wifi free dah yang berada di sekeliling aku, menyebabkan niat terbantut. Uhuh..

Lately actually aku ada hobi baru, which is hiking! Sebelum ni aku tak pernah hiking pun. Tak sure stamina aku berada di tahap mana. But I challenge myself to try it sebab Pijo yang tak sihat tu pun boleh, why can't I? Kan? So, my first puncak yang aku berjaya tawan was Bukit Tabur. Tabur West je. Location is at Taman Melati. Actually ada dua Bukit Tabur, Tabur East and Tabur West. Tabur East is more challenging people said. Tapi sampai sekarang aku still takde peluang nak naik east.










See how amazing the views? Love it so much to be up there...

The next bukit was Broga of course! Lokasi wajib katanya. Actually aku nak naik Broga first, sebab it's famous isn't? Tapi Pijo kata, kalau aku mampu naik Tabur, Broga would be just a piece of cake. It was absolutely true! Haha. Broga tapayah bubuh gambar kot sebab gambar tak senonoh je pose. Kekeke.

Tu je dua bukit yang aku dah naik actually. But then it made my weekend no longer dull. Haha. Lepas penat seminggu stress kat office (stress sangat ke?), dapat naik bukit hujung minggu adalah sangat mengujakan! Don't have planned yet nak naik bukit mana pulak after this. Any suggestions peeps?

Sunday, June 3, 2012

sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Assalmu'alaikum..

Hari ni mood aku nak study jauh dari uia. Semalam lepas tukar minyak hitam mrCarL, aku pun planlah nak ke library baru kat Shah Alam tuh. Tak pernah sampai lagi. Parent aku pernah la gi. Excited ni nak gi sebab tengok review kat paper and blog orang macam menarik je.

Jadi berbekalkan nota-nota dan laptop, pagi ni aku pun berangkatlah ke Shah Alam Bandar Anggerik. Lokasi perpustakaan ni? Yang aku tau kena menghala ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Lepas tu aku tak tau. Jadi nak gamble je ah masuk dalam tu.

Sampai gate kelab golf tu, aku mencari la sign board perpustakaan. Sign age memang hampeh. Cis! Payah betul nak nampak penunjuk arah. Aku dah tersesat-sesat masuk kelab golf dah. Mujur nampak ada bunting and banner PPAS sepanjang jalan menuju library tuh. Patutnya pihak library kena tambah sign age dalam kawasan kelab tuh. So, pengunjung yang baru first time masuk ni boleh cari. Lagi satu, jalan nak masuk ke kawasan library pun takde tanda "MASUK". Terpaksallah buat u-turn untuk masuk semula kawasan parking PPAS. Cis sekali lagi.

Okey, habis kisah sign board. Elok je aku park mrCarL, memang aku terpegun sekejap ngan scenery yang ada. Subhanallah, lawa. Pada aku lawalah, tak taulah pada korang. Hehe. 






Masuk pintu utama dia, blur sekejap. Nak gi mana neh? Haha. Tapi jangan risau sebab security memang ada jaga setiap aras. Jadi korang bolehlah bertanya apa yang patut contohnya tandas kat mana. Haha.


Library ni ada 6 tingkat. LG, G untuk kekanak, 1 untuk remaja, 2 dan 3 dewasa, 4 untuk dewasa tapi bahagian buku yang tak boleh dipinjam. Kalau dalam citeh Harry Potter bahagian buku terlarang ah tu. Haha. Level ni untuk buku-buku rujukan je la.


Suasana dalam library memang tenang. Aku lepak tingkat 3. Memang tak dengarlah bebudak memekak kat bawah tuh. Ke time aku datang ni tak ramai bebudak? Haha. Tapi selesalah. Facilities baru, toilet pun besih. Scenery lawa dan mendamaikan. Wifi free. Laju ke tidak tu, aku rasa okey la for light browsing. Untuk download aku tak sure.


Lupa, nak masuk kena bukak kasut. Then simpan kasut dalam beg yang dah disediakan dan bawaklah bersama-sama korang. For hygiene purpose. Lagi satu, beg tak boleh bawak masuk. Ala, macam perpustakaan sekolah dulu la. Ni kena simpan dalam locker yang dah disediakan kat setiap level. Bayar 60sen.  One more thing, kalau korang nak guna plug untuk charging laptop ke, henset ke, kena bayar RM1 sehari. Okey lah tu kot pada aku. Depa pun nak bayar bil tnb jugak, haha.

One more thing, ada port menarik untuk korang lepak kat anjung level. Aku tak sure setiap level ada ke tidak beranda ni, tapi aku rasa ada. Kat sini takde air cond, so kalau korang yang cepat beku macam aku, boleh la try lepak sini. Bolehs sedut fresh air sambil study. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Cewah! Meja pun ada, so memang boleh lepak sinilah instead of kat dalam tuh.




Surau pun okey, setiap level ada disediakan. Cuma kecik sikit la. Kat LG much luas. Cafeteria pun ada. Cuma kena keluar dari bangunan utama. Tapi tak jauh mana pun la, sebelah je. View lawa. Cuma time aku pergi ni, baru ada satu kedai yang bukak. Harga makanan standard - tak mahal sangat dan tak murah sangat.


Ada la lagi few facilities yang disediakan contoh macam gym, printing and scanning, computer and internet serta photocopy. Tapi semua tu aku tak gunalah tadi. Ada yang untuk ahli perpustakaan, ada yang berbayar. Terpulanglah pada pengunjung untuk memanfaatkannya. Cewah!



Okey, balik time. Lupa nak bagitau, operation hour untuk weekdays 10am-6pm. Weekend 9.30am-5pm. Cuti umum tutup. Jadi, itu sahajalah jenjalan sambil study aku hari ni. Semangat update. Haha. Till then.

p/s: kesian nengok security yang jaga level aku neh. duk la berdiri jek. hehe
p/s lagi: balik tadi naik electric car yang macam kat kelab golf tu. hehe. batak la sebab tak pernah naik.

Assalamu'alaikum

update: time nak balik baru perasan ada banyak lagi parking kat belakang tuh. tapi jauh sikit nak berjalan masuk pintu library.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...