what they did

Sunday, June 3, 2012

sehari di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Assalmu'alaikum..

Hari ni mood aku nak study jauh dari uia. Semalam lepas tukar minyak hitam mrCarL, aku pun planlah nak ke library baru kat Shah Alam tuh. Tak pernah sampai lagi. Parent aku pernah la gi. Excited ni nak gi sebab tengok review kat paper and blog orang macam menarik je.

Jadi berbekalkan nota-nota dan laptop, pagi ni aku pun berangkatlah ke Shah Alam Bandar Anggerik. Lokasi perpustakaan ni? Yang aku tau kena menghala ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Lepas tu aku tak tau. Jadi nak gamble je ah masuk dalam tu.

Sampai gate kelab golf tu, aku mencari la sign board perpustakaan. Sign age memang hampeh. Cis! Payah betul nak nampak penunjuk arah. Aku dah tersesat-sesat masuk kelab golf dah. Mujur nampak ada bunting and banner PPAS sepanjang jalan menuju library tuh. Patutnya pihak library kena tambah sign age dalam kawasan kelab tuh. So, pengunjung yang baru first time masuk ni boleh cari. Lagi satu, jalan nak masuk ke kawasan library pun takde tanda "MASUK". Terpaksallah buat u-turn untuk masuk semula kawasan parking PPAS. Cis sekali lagi.

Okey, habis kisah sign board. Elok je aku park mrCarL, memang aku terpegun sekejap ngan scenery yang ada. Subhanallah, lawa. Pada aku lawalah, tak taulah pada korang. Hehe. 






Masuk pintu utama dia, blur sekejap. Nak gi mana neh? Haha. Tapi jangan risau sebab security memang ada jaga setiap aras. Jadi korang bolehlah bertanya apa yang patut contohnya tandas kat mana. Haha.


Library ni ada 6 tingkat. LG, G untuk kekanak, 1 untuk remaja, 2 dan 3 dewasa, 4 untuk dewasa tapi bahagian buku yang tak boleh dipinjam. Kalau dalam citeh Harry Potter bahagian buku terlarang ah tu. Haha. Level ni untuk buku-buku rujukan je la.


Suasana dalam library memang tenang. Aku lepak tingkat 3. Memang tak dengarlah bebudak memekak kat bawah tuh. Ke time aku datang ni tak ramai bebudak? Haha. Tapi selesalah. Facilities baru, toilet pun besih. Scenery lawa dan mendamaikan. Wifi free. Laju ke tidak tu, aku rasa okey la for light browsing. Untuk download aku tak sure.


Lupa, nak masuk kena bukak kasut. Then simpan kasut dalam beg yang dah disediakan dan bawaklah bersama-sama korang. For hygiene purpose. Lagi satu, beg tak boleh bawak masuk. Ala, macam perpustakaan sekolah dulu la. Ni kena simpan dalam locker yang dah disediakan kat setiap level. Bayar 60sen.  One more thing, kalau korang nak guna plug untuk charging laptop ke, henset ke, kena bayar RM1 sehari. Okey lah tu kot pada aku. Depa pun nak bayar bil tnb jugak, haha.

One more thing, ada port menarik untuk korang lepak kat anjung level. Aku tak sure setiap level ada ke tidak beranda ni, tapi aku rasa ada. Kat sini takde air cond, so kalau korang yang cepat beku macam aku, boleh la try lepak sini. Bolehs sedut fresh air sambil study. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Cewah! Meja pun ada, so memang boleh lepak sinilah instead of kat dalam tuh.




Surau pun okey, setiap level ada disediakan. Cuma kecik sikit la. Kat LG much luas. Cafeteria pun ada. Cuma kena keluar dari bangunan utama. Tapi tak jauh mana pun la, sebelah je. View lawa. Cuma time aku pergi ni, baru ada satu kedai yang bukak. Harga makanan standard - tak mahal sangat dan tak murah sangat.


Ada la lagi few facilities yang disediakan contoh macam gym, printing and scanning, computer and internet serta photocopy. Tapi semua tu aku tak gunalah tadi. Ada yang untuk ahli perpustakaan, ada yang berbayar. Terpulanglah pada pengunjung untuk memanfaatkannya. Cewah!



Okey, balik time. Lupa nak bagitau, operation hour untuk weekdays 10am-6pm. Weekend 9.30am-5pm. Cuti umum tutup. Jadi, itu sahajalah jenjalan sambil study aku hari ni. Semangat update. Haha. Till then.

p/s: kesian nengok security yang jaga level aku neh. duk la berdiri jek. hehe
p/s lagi: balik tadi naik electric car yang macam kat kelab golf tu. hehe. batak la sebab tak pernah naik.

Assalamu'alaikum

update: time nak balik baru perasan ada banyak lagi parking kat belakang tuh. tapi jauh sikit nak berjalan masuk pintu library.

No comments:

Post a Comment

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...