what they did

Tuesday, November 13, 2012

Escape from KL to Penang

Bismillah...

Akhirnya dapat jugak internet untuk update kisah berjalan aku ke Penang last week. Credit to Juju yang meminjamkan laptop dan credit to wifi iiu yang mantap di kala entri ini ditaip. (Apehal tetiba aku nak credit kat uia neh?).

So, last week aku berjaya menjejakkan kaki untuk pertama kalinya ke Penang. Together with my office mate, Jihan, we planned to go to Pulau Jerjak actually. Join venture dengan member Jihan dari Penang, Ain. Tapi sebab last week Pulau Jerjak dah fully booked, semorang pun nak gi situ, kami pun tukar plan - Escape. Bagi yang tak tau, Escape is a theme park in Penang. Haha. Ape punya description la kan? Fail! Okey, Escape ni kira adventure punya theme park la. Tak macam Genting Kota Keriangan. Pi Genting boleh enjoy. Pi Escape korang boleh enjoy jugak, tapi enjoy in another way la. Haha.

Aku pun baru tahu kewujudan Escape neh time kami nak pi. Sebab Escape ni baru je bukak. Menurut pekerja mereka, Escape baru je bukak 7 Nov hari tu. So, memang teramat baru lagi. Dan menurut pekerja yang lain, management Escape ni kira sama akar umbinya dengan management Legoland Malaysia kat Nusajaya tu. Cuma maybe sebab Escape ni tak siap sepenuhnya (sebab sepatutnya ada water games jugak kat sini), maka promotion depa kurang meluas lagi.

Enough with the introduction. Okey, ni pintu masuk Escape. Nampak macam tak menarik je dari luar (at least for me, haha). Entrance fee RM60 untuk dewasa. Tapi during promotion ni ada less 20% jadi RM48. Tapi ada few games la yang kena bayar kat dalam tu macam Atan's Leap. Tapi games yang included in the package pun dah memandai. Depa pakai sistem kad, di mana anda perlu beli kad tersebut dan semua transaksi di dalam taman tema memerlukan anda menyerahkan kad untuk di'swap'. Baki kredit anda akan ditolak dari kad tersebut dan kalau tak habis guna, they will return back your balance.


So, inilah game pertama kami main. Go Ape kalau tak silap nama game ni. Game ni main panjat pokok. Ada 5 pokok termasuk 1 untuk kanak-kanak. Seriously kami underestimate game ni. Ala, anak orang kampung katanya. Setakat panjat pokok, apelah sangat. Sekali hamekau! First pokok pun tak lepas. Haha. Pokok kedua lepas sebab pokok tu straight je. Gambar Jihan kat bawah ni gambar kat second pokok la ni. Aku rasa abang yang guide tu mesti duk kutuk kami je sebab overconfident. Haha.
.
Lepas tu kami main game ni pulak. Tak ingat nama. Tapi ni la main attraction Escape. Ada 3 level of game. Each level got different circuit. Sekali lagi kami underestimate. Haha. Nampak dari bawah macam senang. Sat agi, berjaya complete level 2 je. Haha. Stamina dah kong. Hahaha.



Ni gambar Ain dah tak larat la neh. Berehat di tengah jalan. Haha.

Next, game cicak. Lupa jugak nama. Haha. Macam nak pecah rumah orang dah haa. Haha. Ada 4 level. Jihan lepas semua level. Aku sampai level 3 je. So Jihan dah dapat certificate nak pecah rumah orang dah. Lepas ni ada pecah rumah korang tau la nak cari sapa. Haha.



Ni la Atan's Leap yang korang kena bayar tu. Ada dua level. 13 meter dan 20 meter. Setiap terjunan RM10. Game ni Jihan ngan Jimmy je yang main. Sebab yang lain dah takde stamina. Aku plak tanak main sebab takde bajet (tanak mengaku dah pancit!).Menurut pengalaman Jihan dan Jimmy, game ni tak free fall pun. So, tak terlalu mencabar.

Last game, lupa jugak nama. Tapi ala-ala kat water theme park la. Cuma kat sini tak bestnya, korang kena bawak naik sendiri pelampung tu naik bukit. Penat seyh nak seret pelampung tu. Haha. Turunnya tak sampai seminit pun. Haha.

Lastly, kami inter frame depan kebun sayur depa. Haha.

Okey la kalau nak pi Escape ni. Cuma baru bukak ni, management fail sikit la. Lagi-lagi bab kad tuh. Locker pun kena bayar, tapi tak guna kad pulak. Nak naik Atan's Leap kena bayar, tapi kena beli token dulu. Time masuk tak bagitau awal-awal. They should improve this la. Tapi dimaafkan sebab baru lagi kan. Sape yang dah boleh berlari terus lepas lahir?

5 comments:

  1. Bape banyak lupa la ili..hahaha. macam seronok, tp mcm ko cakap la, aku nmpk dia punye pengurusan mcm x bagus.hehe. buleh try2. Mau pegi sipadan? Kwn aku serius mau pegi tp bajet besar sket la.hehe

    ReplyDelete
  2. Macam best je. Dia theme park ala2 tradisi malaysia sket eh? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la...best je sebenarnya..pegi time depa dah stable sikit kot..hehe....

      Delete
  3. haha! thanks for the blog post!
    i've been surveying the experience and review of escape and finally i found yours.

    Thanks for the info on the extra cost.
    That is what I'm wondering about.
    haha

    ReplyDelete

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...