what they did

Wednesday, February 12, 2014

A 'redah' trip to Singapore

Assalamu'alaikum,

Hai semua! Cewah. Nak cerita experience ke Singapore last week yang dianggotai oleh aku, Munah, Nadia, Jojo (master mind)  dan Syarm (bidan terjun, eh?). Jojo gelar trip kami kali ni bertema redah. Sebab planning tu terkejut sangat. In few weeks before tarikh pergi. Aku sendiri pun buat passport last minute. Lagi satu tema dia bajet la jugak. Sebab memasing takde duit tapi  nak bercuti jugak. Hehe.

So we start the journey on Friday morning, 2.30am from Nilai. Straight to Senai (rumah Syarm). We plan to get a powerful nap at her house before start the real journey. Then after Subuh, kami bertolak ke Singapura. Bismillah. Yay!

Kami berniat nak merasai pengalaman jalan-jalan pusing Singapore menggunakan MRT. Nak compare kecekapan sistem pengangkutan awam mereka dengan Malaysia. Eh.

So we go directly to JB Sentral (Bangunan Sultan Iskandar) to take bus to Singapore. We park there at rate maximum of RM9 per day. Don't worry on the safety, InsyaAllah selamat. Sebab memang ade orang jaga dan kawasan ramai orang. Then kami pergi tukar duit dulu. Nadiah nak tambah duit Sg Dollar. Tak cukup katanya. Lupa. Aku sendiri bawak cukup-cukup $50. Gamble.

Then kami bersarapan. Awal pagi macam ni memang tak banyak kedai makan bukak kat sini. Ada satu je bukak kat level 2 dan ramai orang. Jadi harga dia mahal macam rate Sg Dollar gitu. Tapi sebab lapar dan malas nak cari kedai lain, belun je la. Nasihat aku, sila isi perut kat luar JB Sentral untuk lebih penjimatan.

Then kami terus ke imigresen Johor untuk scan passport. Jalan kaki je dari JB Sentral tadi nak gi imigration. Lepas scan passport, kami naik bas ke Imigresen Singapore. Kita boleh naik mana-mana bas untuk ke imigresen. Kami naik Causewaylink CW2 dengan tambang RM1. Lepas passport check kat imigresen Singapore, kami beratur untuk ke MRT Kranji dengan menaiki bas CW1. Tiket time naik bas CW2 tadi boleh pakai lagi. Jimat.

Kat sini sebenarnya tak boleh bergambar. Kami ditegur kerana bergambar. Ok malu.


Sampai di MRT Kranji, kami beli tiket ke stesen Ang Mo Kio untuk beli visitor pass. Visitor pass ni membolehkan kita ronda Singapore menggunakan MRT untuk satu hari dengan rate pelancong. Untuk pass satu hari, hanya $20 perlu dibayar di kaunter dan $10 akan dikembalikan kepada kita bila kita return semula pass ni bila dah habis guna nanti. Perlu diingatkan, pass ini hanya dijual di stesen Ang Mo Kio.

Inilah rupa visitor pass yang berharga $20 tadi tu.

Kemudian, Jojo kata nak bagi dapat mood Singapore tu, kami kena ke Merlion Park untuk bergambar dengan singa pancut air yang menjadi mercu tanda Singapore. Kami ambik tren ke Raffles Park. Dari situ kami jalan kaki je menyusuri sungai menuju Merlion Park. Ada banyak park la yang boleh jumpa sepanjang perjalanan tu seperti Esplanade Park.

Dalam perjalanan pun boleh nampak Esplanade, theaters on the bay.

Cavenagh Bridge

Ade orang tukar setting camera aku. Gambar putih pelik.

Dari sini pun boleh nampak dah Marina Bay dari jauh.Kemudian destinasi kami yang seterusnya ialah Bugis Street. Kat sini tempat dia ala-ala Jalan Masjid India la. Tempat membeli belah yang murah.


 Pintu depan Bugis Street, mungkin.

Makanan dan minuman pun ada.

(pic credit to Jojo)

 Souvenir yang available

Kemudian kami ke stesen Bayfront untuk ke Garden by the Bay. Garden by the bay ni lawa time malam. Dan nak masuk pun kena bayar. So, kami tengok dari luar je la. Bajet trip kan.


Marina Bay yang kelihatan bila keluar dari stesen

Ni la Garden by the bay (pic credit to Jojo)

Lepas tu hari dah makin petang. Kami banyak lagi tempat tak pegi. China town, little India, Kampung Glam, dan beberapa lagi. Tapi sebab masa kurang mengizinkan dan kaki yang dah tak hengat dia punya penat, kami terus ke agenda terakhir, window shopping di Orchard Road. Orang kata kat sini perfume murah.


So sampai di Orchard Road, kami nak cari surau dulu. Nak jama'. Dalam mencari tu, kami terpisah. Aku, Jojo ngan Munah then Nadiah ngan Syarm. Gelabah betei. Takde alat komunikasi. Tapi kami yakin dengan keupayaan survival kumpulan yang satu lagi. Jadi group aku pergi sendiri cari masjid or surau untuk solat jama'.

Masjid di belakang hotel

 Pintu masuk Masjid Al-Falah. Toilet pertama yang kami jumpa ade pipe hose.

Lepas tu kami habiskan sisa-sisa masa dengan pusing-pusing sekitar Orchard Road sebelum beransur ke stesen Orchard untuk kembali ke stesen Woodlands. Nak return visitor pass. Dah terpisah ni jadi takde mood sangat nak berjalan. By the way, visitor pass tu boleh return kat memane station yang ade office. Kami pilih return kat Woodlands sebab kat situ ada bas nak balik JB.

Lepas pulangkan pass, kami makan dulu sebab dah kebulur. Tengah hari tadi kami makan roti je sebab nak bajet. Haha. Lepas makan kami bergerak balik ke imigresen Singapore naik bas 950 dengan tambang $1.30. Proses yang sama untuk balik, dan akhirnya kami bertemu semula di surau imigresen Johor. Alhamdulillah, semuanya selamat. Pengalaman sungguh.

Lepas tu kami makan di Stulang Laut dan ke Pasar Karat (even aku tidur je dalam kereta sebab kaki dah sakit gile!)

I enjoy the trip and thanks to my fellow friends for making the trip happened!

Till then.

No comments:

Post a Comment

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...