what they did

Thursday, February 6, 2014

Passport di Seremban

Assalamu'alaikum

Hai semua! Hari ni aku masuk opis lewat sikit, sebab gi buat passport kat Seremban pagi tadi. First time ni buat passport. First time la nak ke oversea kan. Kiki. Ok, plan nak ke Singapore esok malam insyaAllah dengan tema percutian bajet pusing Singapore guna public transport depa.

Abaikan dulu cerita Singapore tu, lepas balik nanti aku cerita okay.

Kembali ke Seremban tadi. Aku tanak post sebenarnya, tapi sebab aku search tadi macam tak ramai yang bercerita pengalaman buat passport kat Seremban, so niat aku nak share la kalau sesape yang ade masalah macam aku nanti, senang nak rujuk. Baiknya niat.

Aku sebenarnya dah pergi UTC Pudu dua hari lepas. Tapi nombor giliran habis. Mana tidak, pukul 6 petang baru sampai. Kawan aku info kat facebook, dia pergi hari yang sama, nombor giliran habis sejak pukul 1130am lagi. Haha. Moralnya jangan pergi lewat petang.

So mengambil pengajaran di UTC, aku gerak awal sikit la pagi tadi, pukul 7 dah kat jalan. Aku lupa nak prepare gambar passport dan salinan mykad awal-awal sebelum gerak. So aku risau la jugak kalau kedai gambar kat dalam tu belum bukak. By the way, Pejabat Imigresen Seremban ade kat wisma persekutuan Seremban, tingkat 2. Wisma tu mengumpulkan pejabat-pejabat kerajaan daerah Seremban. Datang pagi senang parking. Kat area bawah tu banyak la jugak parking.

So tanpa sebarang dokumen sebagai persediaan, aku gi je dengan harapan ada kedai yang dah bukak pagi-pagi tu. Pukul 745 pagi aku sampai, parking masih mudah. Aku terus naik, nak beratur ambik nombor. Tak ramai yang beratur. Sambil tu tertinjau jugak la kedai gambar dah bukak belum, dan jawapan dia belum. Argh!

Mintak belas kasihan pegawai kat kaunter tu nak ambik nombor dulu kemudian baru ambik gambar. Tidak diberinya. Kena ada dua keping gambar passport berlatar belakang putih dan satu salinan my kad, baru boleh ambik nombor.

Aku tanya kat mana boleh ambik gambar pepagi buta tu. Yelah, kedai bukak selalu kan pukul 9 or 10 pagi. Ada satu je kedai yang dah bukak seawal jam 730 pagi tu kat area tu. Kalau korang perasan pusat servis Perodua belah kiri, then ade traffic light, straight dan depan sikit je, sebelah kanan ade kedai gambar. Maka aku pun bergambar di situ.

Pukul8.30 baru aku beratur ambik nombor semula sebab aku sesat time cari kedai gambar tadi, hampir putus asa tahu. Ada lebih kurang 40 orang lagi sebelum sampai turn aku. Pukul1015 nombor aku kena panggil. Proses kat kaunter sekejap je tak sampai 5 minit. Menunggu kemain lama sebab time tu kaunter bukak cuma 2, sekejap sekejap 3 dan 4. Lepas bayar, dia bagitau aku boleh ambik passport lepas 2 jam, means pukul 12. Menunggu lagi.

Tapi aku ronda-ronda Seremban sebab nak cari money changer. Lepas tukar $50, aku balik ke wisma persekutuan tadi. Belum pukul 12 time tu, 1150. Tapi dah boleh ambik nombor. Tak sampai 10 minit nombor aku kena panggil, dan passport aku dah siap!


Akhirnya esok aku boleh ke Singapore, yay!

Till then.


1 comment:

  1. Kt sini buat passport berkumpulan tak?

    ReplyDelete

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...