what they did

Monday, December 26, 2016

Kisah Sedikit Seram Pagi Isnin

Salam'alaik

Bukan nak sambung cerita perjalanan overland aku hari tu. Cuma nak berceloteh pasal kisah seram yang terjadi pada aku pagi ni. Eh, tetibe.

Aku masuk opis arini. Kengkonon nak siapkan calculation untuk ASME audit nanti. Kengkononlah. Tetibe aku ade kat sini kan. Cis.

Tengah kengkonon buat keje tu, rasa penat, stop lah kejap baca blog nurul. Baru macam confuse apa yang dia nak cerita dengan kisah kopi pagi dia tu, tetibe burr aku dengar bunyi dari belakang aku. Terkedu kejap. Aku sorang je kot dalam opis ni. Kenapa ada bunyi? Dengan cuak cuak berani, aku toleh jugak la belakang.

Woah!

Aircond tengah memuntahkan airnya yang datang dari mana aku pun tak tau. Harey! Penat aku cuak. Lalu aku cecepat lari ke suis untuk matikan suis dan cari cebok nak tadah air. 

Lalu aku duduk kembali menaip tulisan ini.

Tamat.

Wednesday, November 30, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 4

Salam'alaik

Perangai malas update da mula dah. Haha. Lambat je kan nak update. 

Aku suruh Encik Labu baca post aku before before ni. Dia kata aku punya post tak best. Sebab banyak sangat membebel. Dia suka baca post yang banyak gambar. 

Hm.

Aku suruh dia jangan baca lagi.

---------------------------------------------

Hari seterusnya bermula. Kat HCMC, waktu sejam lewat dari KL. Jadi, pukul 7pagi HCMC dah macam pukul 8pagi sebenarnya di KL. Matahari dah mencanak. Pagi tu sambil beralasperutkan megi Malaysia, aku melayan view pagi di lorong bawah hotel. Malam tadi banyak gerai makan kat bawah tu. Bau masakan depa pun kemain menusuk sampai aku kena makan megi secawan sebelum tidur sebab tanak bagi teruja sangat dengan bau yang menyelerakan itu. Kah!

View dari atas bilik. Kat bawah tu la banyak kedai makan malam tadi.

Aku tak ingat aku check out pukul berapa. Yang pasti, dah agak lewat.Tiket bas ke PP around pukul 12.30. Jadi sempatlah nak pusing bandar Saigon ni. Lepas check out, aku ke travel agency semalam, tumpang letak beg. Gile kau nak angkut beg berat tu ke hulu ke hilir. Memang tidaklah.

Aku tak pasti beliau jual ape. Bajet kamera DSLR agaknya, nak ambik gambar jalanan macam ni. Okbai.

Banyak sebenarnya attraction kat area HCMC ni. Tapi yang aku sesangat nak pergi adalah Central Post Office depa. Sebabnya, aku nak pos poskad ke Malaysia. Kah! Tak pernah travel pos poskad. Tengok orang lain buat, macam best je kan. Tu yang beriya tu. 

Muzium yang tutup.
Tugu Ho Chi Minh. Aku tak baca sejarah dia, haha. Tugu ni kat People Committee Hall dan ramai orang masa ni. Ada event kot.
Cathedral depan post office.
Jadi, sebab masa tak berapa nak banyak, terpaksa pilih-pilih tempat yang nak dilawati. Sepanjang jalan dari travel agency ke post office tu ada a few other attraction antaranya Ben Thanh Market, Revolutionary Museum, People Committee Hall dan exactly depan Central Post Office ada Cathedral Notre-Dame. Most of these places tutup hari tu sebab raya cina mungkin, atau sebab hari Ahad kot. Serius aku lupa. Haha. Jadi, boleh ambik gambar dari luar je la.

Yeah, ini tempat yagn dituju, Central Post Office. Ada gambar aku dengan model yang pakai ao dai depan pintu masuk, tapi seganlah nak post kat sini. Haha. Lupa. Hari ni kita boleh nampak kebanyakan wanita akan pakai ao dai, baju tradisional orang Vietnam. Macam baju raya la kiranya kan. CNY.
Penjual depan post office.

Kat post office pulak ramai tourist. Masing-masing tengah sibuk nak pos poskad macam aku jugak. Aku beli poskad kat sini je, 50000VD. Setem pulak 10500VD. 

Bajet sibuk tulis poskad.

This is it!

Lepas pos poskad, balik la semula ke travel agency tadi. Ngam la jugak sampai situ, bas pun sampai. Sebelum tu sempat la jugak beli buah untuk alas perut dalam bas sebab expected sampai ke PP around pukul 9/10 malam. Lama weh!

Around 12.30 tepat la jugak, bas pun gerak kutip penumpang lain dari other few check point kat situ. Boleh kata semuanya omputeh dalam bas tu. Haha. 

Jumpa orang jual kopi lagi arini. Belasah!
Maka, berakhirnya jelajah di kota Saigon. Sekejap je kan. Haha. Actually banyak tempat lagi boleh pergi kat Ho Chi Minh ni. Chu Chi tunnel dan Sungai Mekong. Tu memang famous. Kalau aku ada sehari je lagi kat HCMC memang aku gi, sebab jauh jugak dari HCMC nak ke area tu. Ambik masa sehari la jugak. Takpelah, misi trip kali ni adalah overland kan. So, focus on route je la. Next trip nak sambung dari HCMC mungkin boleh spend sikit masa ke either one of those tempat tu. 

Ok, cukup dulu untuk malam ni. Nanti sambung kat PP plak.

Friday, November 25, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 3

Salam'alaik

Aku ingat nak sambung menaip kat post semalam je, tetiba Nurul dah comment pulak, menandakan dia dah baca kisah aku. So, aku terpaksalah buat post baru lagi untuk sambungan kisah aku ni. Haha. Berlambaklah part aku untuk trip 6 hari ni nanti. Kah!

-----------------------------------------

Lepas dah dapat tiket ke PP untuk esok, misi seterusnya, cari tempat tidur! Kalau tak, nak suruh aku tidur kat bus stop ke camne? Based on research, ada la beberapa nama guest house atau backpacker dorm yang agak famous dalam kalangan backpackers Malaysia di area Nguyen Cu Trinh. Ikutkan pembacaan aku, ada katil yang cuma USD 5 per day! Tapi rata-rata bilik yang dijumpai, rate around USD 15 dan bilik pulak kat level 4!

Sebelum tu, masa kat travel agency tadi, sempatlah jugak pow dia punya physical map area HCMC ni. Misi mencari bilik menggunakan kedua-dua metod; physical map dan google map. Tapi, sebab dah biasa guna google map, nak baca physical map is very hard for me. Terbelek-belek. Terpusing-pusing. Haha. Naive!

Kim Anh Hotel address. Depa ada free hot water bebila yang kita nak. Request je. Nanti dia hantar.
Lepas penat pusing-pusing, keluar masuk guest house, nak cari bilik yang paling berbaloi la kekononnya, akhirnya jumpa satu bilik di Kim Anh Hotel. Harga bilik takde la terlalu murah; around USD 13-USD 17, cuma receptionist dia which also the son of the owner, was very good in speaking English. Siap slang kau! Rupanya mamat tu tengah study kat overseas. Lega amatlah bila dapat jumpa orang yang boleh speaking ni.

Bilikku. Ada peti ais, tv, wifi pun ada, tapi biasalah kan.

Petang tu habis dengan mencari bilik je. Haha. Mujurlah area tu memang berlambak backpacker hostel dan guest house. Tinggal rajin dengan tidak je la nak keluar masuk tanya.

Malam tu dihabiskan dengan pusing-pusing area Ben Than Market. Ok, Ben Than Market ni tempat biasa orang shopping. Tapi dia tutup malam. So, malam tu sambil-sambil cari tempat makan, jalan-jalan shopping la juga sikit kat lorong-lorong tepi market tu. Ramai je orang berjual kat situ. Sempat la jugak aku terpaksa beli beg galas tepi oleh seorang peniaga kat situ gara-gara cuba menawar harga. Ceritanya aku tanya je beg tu berapa harga. Dia sebut la berapa harganya. Bila tanya semula untuk mintak lebih murah, dia pun offer harga murah sikit. Then bila aku decide tanak beli sebab aku rasa agak mahal, dia gi pujuk macam hape, suruh beli jugak. Sampai tahap paksa dah sebenarnya. Then siap tak bagi aku keluar dari kedai dia lagi. Nak tak nak, beli la jugak tapi terpaksa beli. Pengajarannya, lepas ni gi mana-mana, sila jangan tawar harga kalau tak berminat nak beli.

Kawasan ni banyak kedai makan halal. Kat sini jugak first time try kopi ais Vietnam tu. Serius sedap weh!

Then, jumpa juga la akhirnya kedai makan muslim kat area belakang market. Rupanya area tu la orang Malaysia suka borong telekung Vietnam. Haha. Dan di sini jugaklah aku terjatuh hati dengan kopi ais Vietnam. Sebekas RM3. Sedap gila baq hang! Depa terima duit RM masa ni. Sekarang aku tak pastilah sebab matawang kita dah makin jatuh, kan. Ni semua salah kerajaan. Eh.

Bihun sup.  Ada sorang staff perempuan kat sini pernah keje kat Malaysia, so BM dia memang fasih la. Tapi most of Muslim kat sini boleh cakap Melayu walaupun tak begitu fasih.

Lepas pekena kopi ais dan bihun sup Vietnam, berjalanlah kembali musafir ini ke bilik. Sambil on the way balik tu, dapatlah tengok orang Vietnam sambut CNY kat dataran depan Ben Than Market. Satu benda perlu tahu, moto kereta kat HCMC ni bawak laju dan macam orang gile. Kita nak melintas jalan pun takut sebab nampak depa sangat laju dan susah sangat nak berhenti bagi laluan kat pedestrian. Tapi takde pulak nampak ade kes terlanggar ke ape. Kagum aku.

Tengah tengok gelagat driver kat HCMC dan sambil tengok CNY punya celebration, tetibe couple dari Penang tadi tegur. Depa baru balik dari mana entah. Depa la bagitau yang Ben Tanh Market tutup 4 hari termasuk esok. Memang tepatlah plan aku tanak ke Ben Tanh Market. Mujur juga dah beli souvenir sikit-sikit tadi. Lepas borak sikit-sikit, kami pun berpisah.

Malam makin larut, makanya balik tidur la. Esok another long day menunggu.

Sambung lagi nanti.

Thursday, November 24, 2016

KL-HCMC-KL Overland: Vietnam Part 2

Orang buat, dia nak buat jugak. Ambiklah.
Hari yang dinanti tiba. Berbekalkan sedikit research dari seat61.com dan beberapa blog tempatan yang aku sendiri dah lupa blog siapa, bertolaklah musafir ini ke bumi Saigon atau juga dikenali dengan nama Ho Chi Minh City, Vietnam. Aku tak ingat berapa jam flight. Haha. Dasar. Yang aku ingat, sampai je sana, benda first aku cari adalah toilet. Dan sedikit mengecewakan bila toilet airport tak sediakan pipe hose. Haha. Aku kan naive. Sebelum ni gi Indonesia, budaya tak banyak berbeza. Sampai kat HCMC, beza la sikit. Sikit je. Yang sengalnya sebab aku tak study langsung pasal toilet. Haha. Tak prepare mende. Terpaksalah guna ilmu istinjak yang ada di dada. Haha.

Benda kedua yang dicari, internet! Tanpa internet, macam mana nak tau arah tuju lepas tu, kan? Masa ni aku gi, of course lack research. Tak tau pun kewujudan poket WIFI macam sekarang ni kan. Atau mungkin juga awal tahun ni teknologi ni belum sampai Malaysia. Aku tak pasti. Cara utama nak dapatkan internet selain WIFI free, adalah simkad. Ok, memang memusing la jugak airport tu mencari simkad apa nak beli. 

Orang memang selalu cakap semua barang kat airport memang mahal berganda dari tempat lain. Simkad pun tak terkecuali. Melayang 220 000 Vietnam Dhong beli simkad. 220 000 VD tu bersamaan RM32 waktu tu tau! Mahal gile! Tapi sebab tak banyak pilihan, nak cepat, komunikasi pun susah, terpaksa beli juga. Nak beli sekeping simkad tu pun kemain lama sebab pekedai tu tak faham English. Bahasa Melayu memang mimpi je la kan. Memang language barrier sungguh.

Lepas beli simkad, tempat pertama dituju, bus stop. Based on research kat blog siapa entah, katanya bus stop untuk tunggu bas yang akan membawa penumpang ke Ben Tanh Market berada di depan Burger King. Betul memang ada bus stop kat situ. Kenapa Ben Tanh? Sebab memang kat situlah rasanya center kat HCMC tu. Haha. Actually area Ben Tanh tu banyak tourist attraction. Accommodation pun mudah nak cari area tu. Mostly blog yang dibaca pun suggest ke sana.

Actually masa jumpa bus stop tu, masih lagi tak confident tu bus stop. Time tengah mencari-cari tu, ada couple tegur. Rupanya depa dari Penang. Haha. Depa la yang membantu menconfirmkan kat situlah tempatnya nak tunggu bas.

Lepas 15 minit menunggu, driver bas pun sampai dan kami pun naik bas. Bas pun bergerak. Alahai, ayat aku. Haha. Kenderaan kat sini driver seat dia belah kiri. So, sedikit janggallah jugak sebab tak biasa. Along the way to Ben Tanh boleh nampak yang masyarakat kat situ tengah celebrate Chinese New Year juga. Sebab tu tiket flight mahal. Ramai yang nak sambut raya cina kat kampung agaknya. Agaknyalah.

Tempat bas turunkan penumpang.  Tanya officer tu pun kat sini.
Jalan raya HCMC.
HCMC.
Then, sampai di Ben Tanh, sekali lagi blur. Tak tahu nak ke mana. Haha. Couple tadi dah hilang cari hotel depa yang depa dah book awal. Tapi, first thing first. Tiket ke Phnom Penh/Siem Reap kena cari dulu. Maka sesi bertanya bermula. Sesi ayam bercakap dengan itik juga bermula. Haha. Nak dapat exact location tempat yang jual tiket ke PP sangatlah susah. Ada dua orang pegawai beruniform yang tak diketahui jawatan mereka, cuba membantu dengan menulis sesuatu di atas secebis kertas. Pada hemat aku, mungkin itu alamat kedai yang menjual tiket ke PP. Selepas memberi isyarat terima kasih dan thank you, misi mencari tempat seperti yang di alamat bermula. Sesi ayam dan itik bersambung. Akhirnya setelah berhenti bertanya berkali-kali, tempat yang dicari pun ditemui. Rupa premis itu seakan travel agency. Ada beberapa lagi travel agency yang terdapat di situ, tapi sebab dah letih, yang pertama dijumpai itulah yang ditanya. 

Alhamdulillah, receptionist  kat kedai tu boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Apesal Inggeris aku tu macam salah eja. Lantaklah. According to her, sekarang memang peak season. Jadi accommodation memang sedikit mahal dan tiket bas juga kemungkinan susah nak dapat. Plan asal ada dua, samada direct ke SR atau singgah ke PP sebelum ke SR. Dari kajian yang seciput, kita boleh naik bot laju dari PP ke SR. Malangnya, menurut receptionist, bot laju hanya akan berlepas setiap pagi dari PP. Memang tak sempatlah. Waktu tu dah tengah hari. Mana mungkin boleh sampai ke PP awal pagi esok kalau tengah hari pun aku masih di HCMC dan perjalanan dari HCMC ke PP lebih 6jam. Kot. Haha.

Jadi, tukarlah plan. Naik je la bas ke PP sebab tiket bas direct ke SR dah habis, peak season kan. Tapi harga tiket memang naik melampau. USD 25 per head. Harga normal cuma USD 12! Tapi, no choice terpaksa beli. Kaya, kan? Pengajaran kat sini, pastikan research juga perayaan local sebelum travel kalau tak nak harga melampau naiknya. 

Tapi, advantage gi travel time ada local festival ni best jugak sebab boleh tengok budaya orang. Rasa bertuah sebenarnya dapat tengok masyarakat kat sini pakai baju tradisional depa yang aku expect they won't wear during normal day. Nanti aku post gambar kalau ada. Haha.

Ok, sambung nanti.

KL-HCMC-KL Overland Vietnam: Part 1

Salam'alaik

Kisah yang bakal diceritakan kejap lagi mungkin membosankan sebab aku dah lupa terlalu banyak details untuk trip ni. Biasanya pulak, lepas aku tulis satu post tentang satu trip, aku akan malas nak menulis semula. Jadi, doakanlah aku berjaya habiskan 6 hari perjalanan ni dalam beberapa post. Tujuan aku buat post pasal trip ni adalah lebih untuk diri aku sendiri, bukan untuk rujukan orang lain. Jadi jangan la berharap sangat aku akan list down budget. Haha. Kalau tidak, takdelah aku sanggup recall balik kisah perjalanan yang dah lebih setengah tahun ni, kan?

Mulakan dengan tarikh. Exact date memang aku dah lupa. Yang aku ingat, cuti raya cina 2016. Haha. 6 hari trip. Plan redah jugak sebab kebetulan ada bonus tahun ni. So macam pendek akal sikit, tak tau nak buat apa dengan duit bonus, jomlah gi berjalan. Kebetulan juga aku dah lama usha route KL-London overland. Aku juga dah plan untuk buat a few trips untuk completekan route ni. Almaklumlah, budget sekadarnya je kan, terpaksalah buat trip pendek-pendek.

Jadi, lepas berkira-kira jumlah hari yang ada dan lokasi yg perlu dilawati, rasanya sempat kot nak buat trip KL-HCMC-KL dalam 6 hari. Plan asal, nak overland dari KL ke Ho Chi Minh City, then patah balik KL naik flight. Tapi bila check harga tiket flight dari KL ke HCMC mahal ya amat. RM500 tak silap aku one way. Masa tu dah agak patah hati dah. Yelah, bajet ciput la jugak even ada bonus kan. Jadi seboleh-bolehnya nak jimat la kan. Tetiba Allah bagi ilham, why not change the way? Ke HCMC by flight, balik KL baru overland. 

Alhamdulillah, harga tiket murah sikit, RM200++ je one way. Malindo. Bercahaya semula rasa kehidupan. Kah! Memang tak fikir panjang, terus beli tiket. Masa tu takde proper plan lagi pun sebenarnya nak buat apa di mana, nak kena naik tren kat mana, nak settle visa macam mana, pit stop pun tak tau kat mana. Accomodation memang jangan la tanya, tak fikir pun. Memang plan nak walk in je. Haha. Kaya kan? Kah!

Tapi sempat la jugak survey cara beli tiket KTM kat KL Sentral. Tapi semua tiket dah habis kalau ikutkan masa tanya di kaunter tiket KL Sentral. Haha. Entah macam mana, nekadkan juga hati sebab positively think that kalau tak dapat naik tren pun, bas mesti berlambak. Asalkan overland. Biarlah macam cheat sikit pun kan, tapi biarlah, route aku, trip aku. Haha.

Semua planning ni kalau tak silap aku take less than two weeks untuk dijayakan. Itu pun masih banyak scratch dan lubang-lubang planning di sana sini. Haha.

Ok, penat nak tulis. Lepas ni sambung hari kejadian.

Babai.

Barakallahufeek

Wednesday, November 16, 2016

20161006

Cheezy Lamb Chop
Nasi Butter Chicken Chop 
Blue Soda
Bandung Soda

@ Chop d'Stop Cafe, Equine Park, Seri Kembangan

Ini kali kedua aku ke sini dengan menu yang sama. Kenapa sampai dua kali aku ke sini dan order menu yang sama? Ok, kat bawah ni cerita dia.

Aku boleh kata, ini adalah salah satu port lamb chop terbaik di Equine Park. Portion kat sini banyak, sesuai untuk orang yang makan banyak macam aku. Haha.

Selalunya kalau aku makan kat mana-mana kedai, depa akan serve dua slice je lamb chop. Tapi kat sini, kau akan dapat empat! Empat slice weh. Dan bukan kecik-kecik slice tu. Belum masuk lagi sayur mayur dan kentang dia. Cheese dia. Leleh baq hang! Blackpaper sauce dia tu pun sedap weh. Tak tipu.

Semua ini hanya RM16 sahaja. Standard je kan harga dia? Barbaloi, sedap dan banyak. Sila serbu kedai ni segera sebelum dia tutup. Eh.

By the way, kedai ni selalu ramai orang especially hujung minggu. Jadi, datanglah hari biasa. 

Rasa nak makan lamb chop pulak.

Informasi sah sehingga tarikh yang tertera.

20161103

20161103
Spageti daging ikan masin.
Engineers Coffee Bar, Nilai.
Kah! Suka hati aku je letak nama.
Aku lupa nama dia.

Menu baru depa. Agak sedap, tapi dah nama ikan masin kan,  mestilah masin.
Macam biasa, sepinggan RM10.
Satu perkara aku suka makan kat sini, harga dia agak reasonable dengan keekslusifan kedainya. Dan ownernya Melayu. Ok, racist.
Terasa makin lapar perut aku post pasal makanan ni.

Imaginary Guest List

Aku lupa pulak aku ada android. Haha
Andorid bekerjasama dengan Google. Maka, haruslah android ada Blogger apps kan. Lambat betul aku punya otak ni bergerak. Haha.
Aku nak kisahkan pasal list tetamu untuk majlis aku nanti. Aku ada listkan senarai tetamu bayangan aku dalam beberapa entry lepas. Kenapa aku cuma plan nak jemput tetamu tertentu je untuk majlis aku. Ok, nak jawab ni.
Aku jenis orang yg mudah la jugak ramah dan masuk dengan orang. Kawan aku boleh kata ramai. Wah, bajet. Kau mampu?
Ok, takdelah ramai sangat pun kawan aku. Tipu je tu. Aku kan dari zaman sekolah menengah lagi dah keluar dari kampung. Masa sekolah menengah, kawan-kawan aku dah mula datang dari seluruh negeri Selangor. Bila mula masuk matrik, mula tambah kawan seluruh Malaysia. Lepas tu kawan UIA pulak. Kawan sekelas, sebilik. Kawan kepada kawan sebilik. Tambah pulak masa kat matrik, aku sorang je dari sekolah aku. Jadi memang nak atau tak, aku terpaksa cari kawan baru untuk survive. Bila masuk Gombak pulak, sekali lagi aku terpaksa cari kawan baru sebab kawan-kawan lama tak sama majoring dengan aku. Then, pergi buat intern kat Sony, another set of new friends juga atas sebab yg sama, I was alone. It goes on like that sampailah sekarang. Kebanyakan tempat baru aku berada, I will be alone.
Tapi aku akan ada kawan rapat di setiap tempat aku berada. Alhamdulillah. I'm trully glad with that fact. Kawan rapat yang ko boleh mintak tolong bila ko perlukan walaupun ko jarang gila contact depa. That kind of kawan rapat.
I believe that I have a bunch of a very high quality of friends throughout my life. And all of them are listed on that imaginary guest list. Jadi, aku memang impikan satu majlis yg dihadiri oleh kawan-kawan berkualiti aku. Klu boleh memang nak la jemput semua kawan aku yg ada kan, tapi dalam keadaan ekonomi aku yg sentiasa mendatar ni, maaflah. Terpaksa memilih yg berkualiti berbanding yg baik. Hehe.
Itu sahaja. Babai.

Random lagi

Salam'alaik

Aku tengah curi-curi menaip di office ni. Bosan dengan preparation ASME audit. Padahal aku tak tahu apa yang aku dah buat untuk audit, tapi aku terasa macam aku dah buat banyak. Kah! Contohnya, aku masih perlu buat PV Elite Validation, aku masih outstanding checklist dan yang paling penting, ASME code tu aku belum khatam lagi. Tapi entah kenapa aku rasa aku dah buat macam-macam. Dasar!

Jadi, sekarang aku kengkonon nak release la stress kejap. Kehkeh.

Sekarang dah susah nak update post kat sini sebab dah takde apps blogger kat apple store. Hari tu yang aku bising-bising apps asyik crash tu, rupanya sebab dah takde update dah untuk blogger apps. Aku try uninstall, lepas tu search semula kat apple store, takde dah. I is sad. Mungkin nasib blog bakal menjadi seperti friendster satu masa dulu, hilang luput ditelan zaman. Tapi mujur wordpress still okay. Boleh la lagi aku membebel kat situ.

Another thing yang mengejutkan aku, blog Nurul dah private semula. Alahai sedih. I missed the old time where I could read all the writings of my friends. Ramai kawan-kawan aku yang berbakat menulis. Yang aku suka membaca tulisan mereka. Tapi mereka dah tak update dah. I is sad.

ok, tu je nak bebel. Babai. Nak sambung keje. Yeke...

Wednesday, September 28, 2016

Random

Sebab aku masih mengantuk duduk kat office ni, aku rasa nak membebel sekejap. Haha. Buat post ala-ala Nurul lah.

1) Aku geram betul dengan apps Blogger kat iPhone ni. Dari tadi lagi aku cuba up entri baru, dia duk crash tak bersudah. Sudahnya aku terpaksa tulis kat PC office. Mujur Project Manager aku dah balik, happy hour katanya. Tak payahlah aku cover-cover nak menaip berjela ni. Haha.

2) Seriously tak suka dengan UI Blogger apps kat iOS. Sucks! Tak user friendly langsung. Tak cukup features, tak macam kat website. 

3) Lately jerawat kerap sangat naik kat pipi aku. Dulu-dulu, jerawat suka hadir kat hidung, kat dagu, sekarang kat pipi plak. Ade masalah apa ye?

4) Masih terasa terkilan sebab kena delete post pasal birthday aku kat sini hari tu. Tapi atas sebab-sebab keselamatan, terpaksa jugak delete. Orang kata, jangan kongsi sangat bahagia ni. Orang lah kata.

5) Rindulah nak baca blog kawan-kawan. Bila scroll semula blog yang aku follow, banyak yang dah menyepi. Yelah, blog dah tak trend sangat compared to dulu.

6) Line Umobile sekarang makin teruk. Internet maksud aku. Line telefon memang tak usah cakaplah, sejak azali.  Sekarang ada 15GB pun rasa geram je. Data banyak, tapi slow nak meninggal!

6) Siapa-siapa yang baca post ni, tolong doakan aku bernikah ASAP. Hehe. Bai.

Wednesday, September 14, 2016

Daging Goreng Rempah

Skrol FB semalam, jumpa orang share resipi daging. Yelah, musim raya korban ni kan. Tak tau nak masak apa daging, banyaklah cadangannya. Dalam banyak-banyak resipi tu, resipi pertama yg aku jumpa, Daging Berempah, berjaya buat air liur rasa nak meleleh, tapi kutahan, Jebat. 


Nampak menggiurkan tak? Di mata aku, nampak. Haha. Hari ni, lepas balik keje terus aku buat-buat rajin rebus daging. Sebenarnya lapar. Sebab tu terpaksa rajinkan diri. Plan asal nak buat bihun goreng daging je. Macam mana entah tetibe nak buat resipi ni. 

Lepas tung tang kat dapur, inilah hasilnya. 


Aku selalu tak tau kenapa hasil masakan aku tak pernah jadi rupa macam dalam gambar yg aku tiru. Haha. Mungkin sebab aku selalu alter masakan aku kot. Mungkinla. 

Friday, September 9, 2016

Err

Tengah belek phone, masuk pulak call Encik Labu. Biar empat lima saat baru aku angkat. 

Labu: Hello
Aku: Ha. Kenapa?
Labu: Buat apa? Baru bangun tido ke?
Aku: Takla. Tadi baring je. Kenapa?
Labu: Suara macam baru bangun tido. Eh, tadi bukan Ms Yap suruh ambik Ah Hean?
Aku: Ho. Kenapa?
Labu: Laju je menonong balik tadi. Tak ambik ke?
Aku: Ah Hean kata nak balik jalan kaki. 
Labu: Oo. Ingatkan lupa ambik. 
Aku: Habis tu, kalau lupa ambik, nak suruh gi amek sekarang ke? Bajet Ah Hean masih menunggu ke?
Labu: Ho. Haha. Ingat kalau tak ambik sebab lupa, nak gelak kuat-kuat. 
Lepas tu talian diputuskan. 

Ok. Aku jadi tak faham. Benda camni pun sanggup call. Err..

Abaikan kalau engkorang tak paham. Kah!

Saturday, August 27, 2016

Bila tengok cerita

Sebelum aku berminat dengan dunia travel, bila aku menonton filem, atau apa-apa drama luar negara, aku sekadar menonton kosong. Kosong maksud aku, aku sekadar tengok jalan cerita, cerita sedih, aku curi-curi menangis, kesat hingus dengan hujung baju. Kalau cerita kelakar, aku ketawa terbahak-bahak.

Aku tak teliti pun lokasi penggambaran cerita, view yang dilatarbelakangkan.  Sumpah tak pernah teliti. Sebab aku rasa semua tu biasa. Tengok cerita sebab kita nak tau jalan cerita, bukan nak tengok view. Haha. Buta betul aku dulu. 

Tapi semuanya berubah lepas aku mula kenal dunia travel. Mula keluar travel ke luar negara. Kalau dulu aku buat bodoh dengan view dalam movie, sekarang sebab satu-satu tempat dalam movie tulah aku berangan nak pergi tempat tu. Sikit demi sikit wishlist aku bertambah lepas tengok satu-satu movie. Haha. 

Tak ada point nak cerita sebenarnya, cuma aku rasa bersyukur dibukakan mata untuk melihat perkara sampingan yg disebalik perkara utama. Bersyukur sebab diberi peluang untuk berangan menjelajah dunia. Bukan semua orang dapat berangan tau. Haha. Tetibe. Bai. 

Thursday, August 25, 2016

Berangan

Lepas baca komen Nurul kat fb yg dia tak suka nak jemput ramai orang gi majlis dia, lalu aku pun sedar aku ngan dia ade perangai yg sepesen. Kah.

Terus aku mencongak-congak, klu majlis aku yg entah bila tu nanti, sape je yg wajib aku jemput. 

1) Member sekolah rendah wajiblah. Sebab sekampung. Haha. 

2) Member sekolah menengah. Sape eh? Yg wajib kena datang, Jojo, Mai, Nad, Pija. Dak kelas Ehsan. Pastu member satu dorm. Ah. Sebenarnya semua dak pompuan wajib datang. Dak laki tak payah pun takpe. Sebab depa tak kenal pun aku. Haha. 

3) Member matrik. Boloq, Ima, Tihah, Ceh Ah, Yana, Kema, Atie, Ijah, Yan, Huda. 

4) Member hiking. Farah, Ain, Kama, Ayien. Aishah. Ecot. Syidawani. 

5) Member Sony. Nurul, Mija, Zie. 

6) Member Asiah. Wana, Dodot, Quya, Aini, Carem, Fateh, Maziah, Diana. 

7) Member Manu. Mira, Shue, Syud, Ijat. 

8) Semua dak manu pompuan. Haha. 

9) Pijo ngan Izat Sufi. Camne boleh lupa depa ni. Haha. 

Ok. Macam ramai pulak. Nanti kena tapis lagi ni. 

Apentah motif aku buat post ni. Kbai. Haha. 

Saturday, August 20, 2016

Ikea lagi





Hasil membeli belah di IKEA Cheras semalam. Terima kasih Jojo ngan Maie teman melayan aku. Haha. 

Oh ya. Semalam plan nak makan kat IKEA Cheras terbantut sebab depa ade IKEA Family punya buffet. Sebab mahal sangat, tak jadi nak join. 

Psstt: Bila kengkawan ko tetibe buat muka aneh sebab ko mula berminat membeli barang-barang deko rumah, ko akan mula fikir, aku dah ke depan sangat ke?

Friday, August 12, 2016

Harry Potter And The Cursed Child: The Review

Nurul mintak aku tulis review pasal Harry Potter and the Cursed Child ni. Sekali dia mintak, aku rasa tanak layan. Sebab aku tau aku tak pandai nak review buku. Haha. Kali kedua dia mintak, aku rasa aku tak patut kecewakan dia. Even it might turn out to be not very professional. Haha. Siap remind aku tu, review, not spoiler. K. 

So, aku baca buku ni dua hari. First impression pasal harga, biasalah tu.. Buku Harry Potter mana yang harga tak masuk akal kan? Lagi-lagi buku nipis. Ke seratus tu normal? Entah. Tapi aku judge buku tu murah ke tak, depends on ketebalan dia. Hahaha. Pergi meninggal la author dia famous nak mati ke pun kan, asalkan buku dia nipis, tp harga dekat seratus, aku tetap rasa mahal dan tak berbaloi (Tp aku beli gak. Hm.)

Aku tak pernah baca scriptbook. Bila tau dia adalah scriptbook, not a prequel, not a sequel katanya, aku confirmlah teruja nak baca. Kata kipas-susah-mati kan?

Tapi bila dah baca, aku rasa nak bagi tiga bintang je kot dari lima. 

1) As I said, aku tak pernah baca scriptbook. So, aku rasa susah nak imagine situasi dalam satu-satu scene.  Salah satu benda yg aku suka dgn ketujuh-tujuh tulisan JK Rowling sebelum ni ialah bagaimana beliau menyampaikan sesuatu perkara dgn begitu detail. Kalau dia explain Hermione masa mula-mula dia muncul kat Hogwarts Express tu la contohnya, dia akan explain dgn cara yg pada aku takde kat kebanyakan penulis lain. Very detail yet funny in terms of words used. Sometimes tak terfikir pun utk describe mcm yg dia describe. Tapi, semua tu aku tak dapat kat buah tangan terbaru JK Rowling ni. Sebab tu aku susah nak imagine satu-satu scene. Atau, mungkin scriptbook memang macam tu?

2) Next point, aku rasa jalan cerita dia tak begitu magik. Memang para penulis masih mengekalkan elemen-elemen magik dalam buku ni. Masih ada macam-macam spells, masih gunakan wands, etc. Tapi, semuanya benda lama. Yang diolah semula utk dijadikan jalan cerita baru. Kalau kita baca novel sebelum-sebelum ni, mesti ada new spells to be learned, new adventure to be explored. Buku terbaru ni, sorry to say, kalau anda menantikan sesuatu yang baru, as what I've been expecting, takde pun. Haha. Buku baru ni lebih menekankan elemen-elemen kekeluargaan, mungkin sebab Harry sendiri dah agak berusia kan. Mungkin. 

Dua je point aku sebenarnya. Haha. Tapi tu la aku punya review ikut pendapat aku. Mohon Nurul tak kecam aku sebab aku tak pandai review. Haha. 

:: Nurul, ada goodreads? Add aku sat. Hehe. 

Friday, August 5, 2016

Tanam Pandan Part 2

Petang semalam, aku baru teringat pokok pandan aku belum settle. Balik rumah, tengok daun dah mula kekuningan. Haha. Sadis betei aku ni. Mula la gelabah nak cari tanah dan pasu sebab kawasan rumah aku takde tempat yang sesuai nak tanam kat tanah. Kekonon nak beli pasu ikea kau. Tapi macam mahal dan tak besar sangat. So, decide nak cari pasu kat nursery je. Banyak sikit pilihan. 

Kebetulan masa service Bonoq aku tu tengahari tadi, nampak tong-tong minyak bersusun kat bengkel kereta tu. Encik Labu pun tanya la kalau-kalau ada tong kosong boleh sedekah kat kami. Alhamdulillah, ada satu. Jadi time singgah nursery, kami beli tanah hitam je. Empat plastik tanah biasa RM6. Aku tak pernah beli tanah, jadi aku tak tau murah ke mahal. 

Tapi sempat lagi bergurau dengan Encik Labu. "Kita beli tanah ni je lah banyak-banyak. Sebulan empat paket. Lama-lama dah banyak nanti, boleh buat rumah."

Ok, hambar nak mati. 

Rezeki pulak, balik office, sorang member kami offer tong lain. Sebabnya, aku nak potong dua tong yang aku dapat dari bengkel tadi. Dia kesian agaknya. Jadi dia offer tong lain untuk aku. Siap pesan, lain kali kalau nak lagi, bagi tahu je dia.

Maka, balik rumah malam tu, mula la aku menggunakan logik aku untuk menanam pokok pandan itu. Haha aku guna tong yang aku dapat dari member aku tu je sebab tong bengkel tu aku da potong dua (niat nak tanam pokok yang akar tak terlalu menunjang). 


Aku guna dua beg setengah untuk tanam pokok pandan ni. Lepas siram air, aku doa bebanyak, mudah-mudahan pokok aku tak mati. Amin.


Monday, August 1, 2016

Bakal tenant

Hampir setengah bulan aku cuba iklankan bilik untuk disewa di mudah dan 7E. Hujung bulan Julai, ada nombor yang tak dikenali mesej. Alhamdulillah, dia bertanya tentang bilik. Rupanya, dia student kolej baru di kawasan kami. Sudah penat menumpang di rumah kawan-kawannya katanya. Dia ingin menyewa bilik, tapi duduk empat orang sebilik. Aku pulak yang terkejut. Boleh ke budak-budak ni nak duduk bilik tu sampai empat orang? Selepas berbincang dengan Encik Labu, aku bersetuju untuk benarkan hanya dua orang menyewa bersama aku. Budak tu setuju. Dia nak datang tengok rumah esoknya, dan kalau ok, nak masuk terus katanya. Aku ok kan saje. Sebab setakat seminggu, apelah nak berkira sangat. 

Tiba-tiba malam tu dia mesej semula. Terpaksa cancel sebab ibu bapa mereka tak benarkan mereka menyewa sendiri. Aku senyum je la. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. 

Tak sampai sejam, ada satu lagi nombor tak dikenali mesej. Nak tanya bilik jugak. Aku dengan berbesar hatinya, menerima temujanji beliau yang katanya nak datang tengok rumah esok. Dalam hati terdetik juga kagum sebab tiba-tiba ramai pula yang mesej. 

Esoknya seperti yang dijanjikan, bakal tenant datang tengok bilik. Gayanya dia berpuas hati dan bersetuju nak masuk 1hb. Aku setujukan je la. Takde la pulak rasa nak mintak booking fee atau deposit. 

Dua hari sebelum 1hb, aku mesej semula bakal tenant, untuk double comfirm. Dia kata ya, dia akan masuk 1hb. Bawak barang-barang terus. 

1hb pagi, kawan-kawan ajak lepak KL petang 1hb lepas kerja. Aku sedikit teragak-agak untuk bersetuju kerana telah berjanji dengan bakal tenant. Atas nasihat Encik Labu, aku whatsapp semula bakal tenant. Lama, mesej aku cuma dibaca, tapi belum berbalas. Kawan-kawan aku tak boleh tunggu aku untuk decide, jadi mereka plan tanpa aku. Takpelah, nak buat macam mana kan. Bukan rezeki nak jumpa kawan-kawan. 

Lebih kurang pukul 5 petang, baru bakal tenant balas mesej aku. 

"Awak, akak mintak maaf. Akak tak jadi sewa bilik awak."

Allah hai. Sekali lagi aku tarik nafas panjang-panjang, hembus.

"Takpelah kak. Nak buat macam mana. Takde rezeki. 😊"

Rasa nak marah sebenarnya. Sudahlah lewat beritahu. Aku tak dapat jumpa kawan aku. Rasa nak mengamuk je. Tapi entah dari mana datangnya suara yang memujuk aku supaya bersabar. 

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mungkin kalau aku pergi jugak ke KL, tren rosak tengah jalan ke, accident ke. Mungkin juga Allah nak suruh aku stay je kat rumah ni sorang sebab dua tiga minggu lagi parents Encik Labu nak datang meminang aku dan kami akan bernikah lagi sebulan? Siapa tau kan?

Perancangan Allah itu sesungguhnya lebih baik. Dia lebih tahu. Sabar ye. 

Makanya, masihlah aku duduk sorang kat rumah sewa ni. Happy happy je deko rumah kan. Hiks. 

Sunday, July 31, 2016

Mentaliti

Kadang-kadang aku tak faham perangai manusia yang tak peka dengan alam sekitar ni. 

Contoh mudah, buang sampah dari dalam kereta masa kenderaan tengah bergerak. Selamba je buang sampah depan anak-anak. Siap ajar anak-anak buang sampah kat luar tu yang tak boleh tahan. Tengok kereta, kereta mahal dah. Tapi pemikiran tak semahal harga kereta.

Belum kira yang tak pandai kemas tempat makan atau berkelah kat taman-taman awam.

Ada pulak yang suka panaskan enjin kereta lama-lama sebelum keluar jalan-jalan. Lepas tu, balik dari berjalan nanti sejukkan enjin pulak lama-lama. Sehari pulak tu empat lima kali keluar berjalan. Setiap kali keluar pun nak panaskan enjin kereta.

Yang suka biarkan kipas berpusing tapi takde orang pun yang nak disejukkan. Yang biarkan air paip menitis tak reti nak tutup paip air elok-elok. 

Kalau disebut, banyak lagi sikap takde sivik rakyat Malaysia ni yang aku selalu jumpa. Baik kat bandar, atau kat kampung-kampung.

Alasannya mudah.

"Alah, sikit je. Takde kesan pun."
"Elektrik kerajaan bagi subsidi. Air percuma."
"Kalau semua orang kutip sampah, majlis daerah takde keje."

Come on!

Takkan serendah itu pemikiran kita? Kita mudah dapat, sebab tu kita tak pandai menghargai. Kalau tarif elektrik naik, pandai pulak bising. Kalau pejabat daerah naikkan cukai itu ini, pun pandai jugak komen. Masa suruh jaga sama-sama, tak nak. 

Tak fahamlah. Aku bukan siapa-siapa nak  gubal undang-undang atau cipta mesin yang boleh ubah mentaliti rakyat Malaysia. Tapi aku harap, aku boleh ajak kawan-kawan aku berubah untuk jadi manusia yang lebih bertamadun dan lebih bersivik. Kita hidup kat dunia ni bukan untuk kita je. Ramai lagi makhluk nak pakai bumi ni. Bukan kita tak ditanya nanti kat akhirat apa yang kita buat untuk jaga alam sekitar kita. Kita akan ditanya. Jomlah jaga sama-sama bumi kita ni. 

Saturday, July 30, 2016

Tanam Pandan Part 1

Tengahari tadi, lepas dah penat golek-golek atas tilam (kebetulan badan aku belum berapa kebah dari demam), aku pun bersiap nak ke rumah pakcik aku. Dah janji dengan dia nak datang ambik pokok pandan dari raya hari tu. Baru minggu ni ada kesempatan nak berjalan. 

Lepas dekat tiga empat jam melepak kat rumah pakcik aku tu, dapatlah akhirnya aku sejambak pokok pandan dengan akarnya. Semangatlah aku balik rumah, nak terus tanam niatnya. 

Sampai je rumah, lepas kemas-kemas apa yg patut, aku terus ke belakang rumah. Alahai, kecewanya bila tengok ruang antara longkang dengan pagar kecik sangat. Lepas tu, ada dah pokok hiasan yang tuan rumah tanam awal-awal. Memang tak hiduplah jawapan dia pandan aku nanti. Tak pun, akar dia merebak, pecah simen. 

Makanya, proses menanam pokok pandan aku terbantut. Aku rendamkan je pokok tu kat dalam bekas cat berisi air. Aku harap pokok tu boleh hidup lagi tiga empat hari sebelum aku jumpa pasu nak tanam dia. 


Friday, July 29, 2016

Bergaduh dengan ketam.

Dah masuk hari ketiga aku kejap demam kejap kebah. Main-main je demam ni. Hidung berair je. Asyik sok sek je bunyi. Badan pun kejap ok, kejap bisa-bisa. Aku jenis tak suka makan ubat. Jadi kalau terasa nak demam, aku akan cepat-cepat minum air masak banyak-banyak. Petua pakcik aku. Katanya, panas tu akan keluar lalu air kencing. Aku tak tau teori tu betul ke tidak, tapi aku tetap buat sebab aku takut makan ubat. Hahaha. Tapi, alhamadulillah, setiap kali nak demam dan aku amalkan petua ni, aku biasanya tak jadi demam. Cuma kadar kesembuhan tu tak secepat makan ubatlah. 

Tapi aku bukan nak cerita pasal demam aku. Aku nak cerita pasal ketam. Beberapa hari lepas, Encik Labu bawa balik beberapa ekor ketam nipah dari kampung. Semuanya masih hidup. Dia mintak aku masak ketam. Dia terigin katanya. Masaklah apa pun, janji sedap. 

Mati kutu aku bila dapat permintaan macam tu. Encik Labu ni dari awal aku kenal dia, memang suka mintak aku masak benda yang aku tak pernah masak. Ketam ni, sudahlah aku tak pandai siang, tak pernah siang pun, tengok mak aku siang pun tak pernah sebab kami jarang makan ketam kat rumah. Ini pula, ketam yang masih hidup! 

Mujur Encik Labu sanggup tolong walaupun dia sendiri takde pengalaman membunuh ketam. Berkat tunjuk ajar Cikgu Youtube, kami berdua berkejaran kat laman tepi rumah membunuh ketam-ketam tu. Dua-dua penggeli. Macam-macam peralatan kami guna nak bunuh empat ekor ketam tu. Ish, ish, ish. Belum masuk kisah kejar ketam lagi tu. Hahaha. 

Lepas habis siksa membunuh ketam, siksa menyiang pulak. Sekali lagi tunjuk ajar Cikgu Youtube aku rujuk cara-cara membersihkan ketam nipah. Lepas belek beberapa resipi, aku cuba masak Ketam Masak Butter macam yang dalam video Anis Nabilah. Secara peribadi, selepas menonton beberapa videonya, aku mula menyukai Anis Nabilah. Cara dia memasak, cara penyampaiannya semuanya sempoi. Dan kebanyakan masakan dia menu yang mudah dan bahan-bahan mudah didapati. 

Pagi tadi, baru aku mula memasak ketam-ketam yang aku dah duk bergaduh sejak dua tiga hari lepas dengan badan yang tak berapa nak sihat ni. Hasilnya, alhamdulillah, Encik Labu puji sedap. Lain kali buat lagi macam ni ye. Wah, kembang rasa hidung yang dah sedia kembang ni bila orang puji masakan kita sedap. Hilang terus rasa penat memasak, penat bergaduh dengan ketam tu. Rasa nak bagi je semua ketam tu suruh Encik Labu habiskan. Patutlah orang selalu cakap, kalau depa masak, lepas masak tu rasa kenyang tengok orang makan masakan kita. Sebab ni la. Aku mungkin baru rasa feeling ni sebab baru ni orang puji masakan aku. 😅😅😅

Alamak, lupa snap gambar sebagai bukti. 

Tuesday, May 24, 2016

Williams Corner



160522

Williams Corner

Mixed Grill; lamb, beef, chicken, fries, broccoli. Come with three sauces. 

Air dia tatau nama. Soda ape ntah. 

Portion sangat besar, boleh 4 org makan. Harga pun boleh tahan. RM80. 

Tp kami makan dua org je utk set ni. Jenuh gak la nak perabih. Tp ok la. Dasar kuat makan, so habislah. Haha. 

Boleh la try klu jenis makan banyak. Tp pd aku, on rasa, aku bagi 3/5 la kot. Hehe. 

Tp untuk air, yes. Sedap. RM10 utk satu jug tu. Haha. Jug ke?

Thursday, May 5, 2016

Slang Barcelona


Bratpack Outlet
Mitsui Outlet

Beg kedua beli kat Bratpack. Few weeks ago, takde sale. Hari ni, gi ade sale pulak. Pujuk-pujuk Encik Labu, dia bagi beli. Tapi buat hantaran. Hahaha. 

Hantaran pun hantaranlah. Nak buat camne kan. Tak kisahlah tu. So, bersabarlah sikit, boleh pakai lepas majlis je nanti. Kehkeh. 

Tuesday, April 19, 2016

20160418


Lokasi: Kafe N9 Stick Factory, Seremban 2
Menu: Set Grilled Squid, Cheesy Cocktail Sausage, pau cina, teh ape ntah nama ngn Ribena Lemonade kot. 

Nice ambience. Style and lawa. Depa ade serve steamboat. Ada tiga tingkat, kami lepak kat tingkat atas sekali. Tinggi semacam rasa. 

Sila datang on 9th, 19th and 29th every month sebab boleh dapat discount of 9% of total bill. 

P/s: Nampak tak bunga tu? Tuan kedai bagi surprise kat kami malam tadi. Haha. 


Thursday, March 31, 2016

Monday, March 28, 2016

2016328


Tuna Onigiri

Onigiri from Nihon. Spesel. Tp tak spesel enough la. Sbb umi dia bukan beli utk aku. Hahaha. 

Wednesday, March 16, 2016

Pulau Tioman


Tioman woi!

Haha. Aku mati-mati ingat Tioman ni satu je pulau. So, kalau gi Tioman, memang gi satu pulau tu je la. Rupanya banyak gugusan pulau tu. Ntah yang mana satu ntah Tioman, aku pun tatau. Haha. 

Ok, ceritanya, aku gi company trip ke Pulau Tioman last week, 11-14 Mac 2016. Kami stay kat Tioman Paya Resort. Rasanya nama pulau tu Pulau Paya kot. 

Tp jujurnya kat Paya ni tak best. Hahaha. Sebab kedai dia tutup awal, pastu macam tak banyak activity kita boleh buat. Ada la ATV, treking, paintball, selain snorkeling ngan diving tu kan. Tp entah. Aku tetap rasa kurang activities yg kita boleh buat untuk enjoy. Semua yg depa offer most of activity outdoor. Klu nak santai-santai macam tak banyak choice. Kedai makan pun tak banyak yg best. 

Apa pun, Tioman memang cantik! Serius talk ni. Hahaha. 




Friday, March 11, 2016

Saengilchukahamnida

Happy Birthday Winnee!!
10 March 2016
The Engineers Coffee Bar

May happiness surrounds you in your life. 

Psstt: 31 March ni nak celebrate camne ntah. 

Wednesday, March 2, 2016

Oh March.


My MarchRead will be this thick. Alahai. 

Bukan nak cerita pasal buku. Nak cakap, one of my bestie since matric dulu, da tukar keje selepas almost 3 tahun kat company lama dia. Kalau diikutkan, aku ni pun da almost 3 years kat company sekarang ni. Dari second year lagi aku da bunyi nak resign, tp masuk tahun ketiga, aku masih di sini. Kenapa? Aku pun tak tau. Mungkin sebab belum ada rezeki aku dapat keje lain. 

Masa sambung masters aritu, aku hold dulu niat nak resign, sebab aku takut aku susah nak adapt dengan environment tempat keje baru at the same time nak kena adapt life as a part time student pulak. 

But now, as I'm officially no more a student, I think I should again consider myself to resign for good. Lama sangat da aku ni duduk bertapa kat company sekarang ni. Kalau tengok LinkedIn, ramai da yang bertukar-tukar keje since our graduation on 2012 dulu. Aku je yang masih di sini. 

Tapi, frankly, di usia 28 tahun ni, aku tak tau lagi apa aim aku untuk next 5 years. Especially for my career. Sebab tu aku susah nak jawab soalan interview. Aku ada aim untuk jadi full time traveler on my 30th and I couldn't possibly tell that to the interviewer right? Company mana la yang nak hire aku kalau macam tu. Aduhai. 

Jadi, aku ada masalah tatau nak apply post apa sebab aku takde aim dalam career aku. Aku nak hidup freely je lepas ni. Even ramai yang kata impossible to do that. Sebab tu la aku tak yakin aku boleh dapat keje kalau aku cakap camtu. 

Alahai, I kept on repeating the same point. Tapi point tu tak ke mana pun. Aku kena lebih serius berfikir apa aku nak buat dalam masa terdekat ni, dan dalam jangkamasa panjang ni. 

Fikir Ili, fikir!

Air Asia Promo


Dapat mesej ni kat LINE semalam. Air Asia tengah promo. Kebetulan aku memang ada plan nak bawak parents aku gi bercuti jejauh sikit tahun ni. Usha ticket KL-KK, paling murah pun RM99 one way. Aku rasa dulu aku beli RM120 return. So, ada sedikit tak puas hati kat situ sebab boleh dapat murah lagi dari tu.  Dasar la AA ni. 

Lepas tu usha airlines lain. Try usha RayaniAir. Ada RM49 je weh one way! Teruja gile rasa nak beli. Tp terpaksa pendam dulu sebab belum gaji. Alahai. Heharap minggu ni gaji, boleh terus beli utk mak abah aku. Ke Sabah ke kita tahun ni?

Wednesday, February 17, 2016

20160218


Baru nak mula tulis travel journal trip kali ni. Ayuh!

20160215


Grilled Lamb
Soda Apentah
@ The Grato, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Masuk JJCM rupanya kedai ni. Sebab craving lamb western plak tetibe kan. Mimpi ape ntah. 

Monday, February 8, 2016

Teaser: KL-London Overland Project: Part 1 KL-HCMC

Ada dua main rumors yang berlegar-legar kat opis aku this week.

1) Pasal cuti wajib tiga hari lepas CNY minggu depan. Maybe sebab job tak banyak, so, lebih baik company shut down dari bayar gaji staff dia. 
2) Pasal ada bonus this year. Tapi belum tahu before CNY or after. 

Dengar je rumors yg first tu, kepala hotak aku ni da memikir, cara nak habiskan cuti tu. Bila dengar rumors kedua, terus rasa nak ke overseas. Gittew. 

Lepas tengok wishlist, kelihatan overland project is there! Ayuh!

Maka, secara unofficial, KL-London Overland Project Part 1: KL-Ho Chi Minh City bakal bermula. Doakan ye!


Monday, February 1, 2016

20160131


Ada BBW kecik kat MAEPS. Singgah la kejap. Hasil dia ni. 

I choose to post a few on ig, and the rest on blog. So, this is one of it. 

By the way, I just know how to use libib to record my precious books so that I know which book that I have already on my shelf before buying them. Takde la nak kata aku banyak sangat buku. Tapi I tend to forget the title kalau dah lama sangat beli. And kalau tak habis baca. Hahahahaha. 

Saturday, January 30, 2016

20160130


Resepsi Intan Juani Aqilah dan Hazwan
@ Slim River

Tahniah Intan dan semoga jadi isteri solehah untuk suamimu. 

Aku kenal Intan masa kat TI. Kami sama-sama apprentice. Baru nak mula harung hidup bekerja kot. Sebab tu kami rapat. Share ragam colleague yang pelbagai. Lebih kepada meluahkan sebenarnya. 

Sejak tu kami rapat. Even on off je contact, tapi for me, she's one of my bestie. 

My du'as are always be with you dear. Love you. 

Psst: For the first time, I was one of her bridesmaids. Hahaha. 

20160128


Yee Sang. 
Restoran Seri Melaka @ Amcorp Mall

Ok. Aku tak buat pun. Amek gambar orang buat je. Dan gambar pun blur. Hahahaha. 

Ada kisah sebenarnya sampai aku finally jadi join lunch dengan client kami ni. Initially aku tak plan nak gi pun. Tapi, malas la nak cerita sekarang. 

Wednesday, January 27, 2016

Oh iPhone


Aku terbaca review OhMedia pasal smartphone terbaik setakat tahun 2015 pada pandangan depa which is Samsung Note 5.

For them Note 5 is winning sebab features dia yang pelbagai dan up to date dengan teknologi terkini dan kehendak pengguna. Sesuai untuk mereka yang produktif. 

And phone paling loser, iPhone 6s Plus. Haha. Sebab harap size je besar, tapi tak takde improvement yang berbaloi pun la senang kata. 

As an iPhone user, currently 5s, aku personally suka iPhone sebab UI dia yang simple dan sebab design phone dia yang cun. Design dia yang petak tu, menggugat iman aku. Sebab dua reason tu je. 

Aku tak minat design baru iPhone sekarang ni, sebab da tak petak. Haha. So, jangan tag aku sebagai iFag semata-mata sebab aku pakai iPhone. Bukan  aku gila iPhone sampai aku buta nak tengok kelemahan iPhone. 

Saje je aku nak tulis pasal ni sebab ramai member aku yang salah faham ingatkan aku ni iFag semata-mata sebab aku guna iPhone. Please. Bukan semua iPhone user is an iFag. Sekian.

Tuesday, January 26, 2016

20160124


I'm running out of time!

In a few days, January's gonna end. My 1st book of 2016 haven't finished yet. Ergh!!

Come on ili!

You can do it. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...