what they did

Saturday, January 30, 2016

20160130


Resepsi Intan Juani Aqilah dan Hazwan
@ Slim River

Tahniah Intan dan semoga jadi isteri solehah untuk suamimu. 

Aku kenal Intan masa kat TI. Kami sama-sama apprentice. Baru nak mula harung hidup bekerja kot. Sebab tu kami rapat. Share ragam colleague yang pelbagai. Lebih kepada meluahkan sebenarnya. 

Sejak tu kami rapat. Even on off je contact, tapi for me, she's one of my bestie. 

My du'as are always be with you dear. Love you. 

Psst: For the first time, I was one of her bridesmaids. Hahaha. 

20160128


Yee Sang. 
Restoran Seri Melaka @ Amcorp Mall

Ok. Aku tak buat pun. Amek gambar orang buat je. Dan gambar pun blur. Hahahaha. 

Ada kisah sebenarnya sampai aku finally jadi join lunch dengan client kami ni. Initially aku tak plan nak gi pun. Tapi, malas la nak cerita sekarang. 

Wednesday, January 27, 2016

Oh iPhone


Aku terbaca review OhMedia pasal smartphone terbaik setakat tahun 2015 pada pandangan depa which is Samsung Note 5.

For them Note 5 is winning sebab features dia yang pelbagai dan up to date dengan teknologi terkini dan kehendak pengguna. Sesuai untuk mereka yang produktif. 

And phone paling loser, iPhone 6s Plus. Haha. Sebab harap size je besar, tapi tak takde improvement yang berbaloi pun la senang kata. 

As an iPhone user, currently 5s, aku personally suka iPhone sebab UI dia yang simple dan sebab design phone dia yang cun. Design dia yang petak tu, menggugat iman aku. Sebab dua reason tu je. 

Aku tak minat design baru iPhone sekarang ni, sebab da tak petak. Haha. So, jangan tag aku sebagai iFag semata-mata sebab aku pakai iPhone. Bukan  aku gila iPhone sampai aku buta nak tengok kelemahan iPhone. 

Saje je aku nak tulis pasal ni sebab ramai member aku yang salah faham ingatkan aku ni iFag semata-mata sebab aku guna iPhone. Please. Bukan semua iPhone user is an iFag. Sekian.

Tuesday, January 26, 2016

20160124


I'm running out of time!

In a few days, January's gonna end. My 1st book of 2016 haven't finished yet. Ergh!!

Come on ili!

You can do it. 


Tuesday, January 19, 2016

Mi Bandung Muar



Bubur Nasi
Float Buah Naga
Rojak Buah
Nasi Kari Daging

@ Kedai Mi Bandung Muar, Bandar Bukit Mahkota

Lepas jalan-jalam beli jubah fynnjamalrtw clearance stock kat Infini Coutoure, Bandar Bukit Mahkota, perut pun mula la nak lapar. Tak jauh dari butik Infini tu, selang satu block je rasanya, ada kedai terpampang banner Mi Bandung Muar. 

Mula-mula niat memang nak makan mi bandung. Lepas masuk tengok menu, mi bandung entah ke mana. Haha. 

Menu yang must try pada tekak aku, bubur nasi dia. Superb! Macam rasa bubur McD. 

Rojak petis dia pedas! Nasi dia, boleh la makan. Float buah naga dia pun just nice la. Pure buah naga. Takde tambah gila rasanya sebab rasa manis-manis buah gitu. 

For sure, I'll come again for the bubur. 

Psst: Jubah basic fynnjamalrtw tu aku beli RM90. Harga asal RM149. Sila tengok bawah untuk kaler. 



Friday, January 15, 2016

20160114 Bukit Kutu



20160114

Bukit Kutu✔️

Semalam cuti Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. 

So, ade suggestion nak hiking sempena cuti ni. Tapi Ya الله, nak decide tempat tu, bukan main susah kalau dengan bebudak ni. Suruh aku lead la, decide la. Aku decide Nuang, tak setuju pulak. Takut pancit. Sebab trek Nuang kemain mencabar katanya. Lepas tu, finally decide nak naik Kutu. Ok la. Aku pun tak pernah naik Kutu and Kutu memang one of bukit yang aku nak naik. 

Aku a bit underestimate Kutu. Kakakaka. Penat gile!!!

Naik kul10, sampai puncak kul1. Ada trek berakar, tinggi-tinggi gap dia. Lenguh amat kot. Hahaha. 

View kat atas, superb amat!




Ok. Burung tu tak sengaja je tersnap.

Turun macam biasalah. Memang penyiksaan. Aku paling tak suka turun. Sebab ibu jari aku memang confrim sure akan sakit. Ni nak lari turun pun rasa tak larat. Dia punya rasa demotivated tu, adoi. 

Kami mula turun kul3 dan sampai bawah around kul5.30. Lama okey. 

Aku tak pernah lagi rasa demotivated nak turun dari hiking. Tapi semalam memang rasa demotivated amat. Hahaha. Mujurlah bawah tu ade sungai. Tu je sumber inspirasi nak turun bawah. Haha. 

Tapi الحمدلله, berjaya jugak kami semua turun dengan selamat. Ada la jugak minor injury. Tapi takde apa sangatlah. 

Waiting for the next. 


Tuesday, January 12, 2016

Warung Lempeng Limet


20160112

Lempeng Pisang
Lempeng Kelapa
Cekodok Ikan Bilis
Teh O Panas
Air Suam

@ Warung Lempeng Limet, Senawang

Actually takde pun plan nak makan lempeng. Dah gi makan nasi goreng kat kedai mek siam. Tapi macam dah dilanda kebosanan dengan masakan mek siam, maka tak habis. Lepas tu gi meronda sampai ke Seremban, guna Foursquare cari tempat makan best. Tapi Seremban bandar mati, especially bila tengah malam. 

Pastu baru teringat ada pernah baca tempat makan best kat Nismilan dalam blog. Pastu teringat ade kedai lempeng. Maka Foursquare sekali lagi menjalankan tugas. Maka, dibawaknya kereta aku ke warung ni which is included in one of the list yang dalam blog tu. 

Rasa dia, ok la. Macam lempeng. Cuma kalau malas nak cari pisang nak buat lempeng or cekodok sila la ke sini. 

By the way, selain lempeng ngan cekodok, depa ade gak goreng-goreng. Dan kedai tutup kul1-2 camtu. 

Gi search la kat Foursquare kat mana warung ni. Kahkah. 

Saturday, January 9, 2016

IKEA Bookshelf Part 2


Sambungan kisah kaki rak buku aku yang salah pasang tu. Nak bukak semula rak ni, kena cari hammer kuku kambing tu. Tapi aku takde plak hammer tu. Pasang aritu aku pakai lesung batu je. Kehkeh. 

So, aku terpaksalah meminjam dari tuan punya hammer. Tuan punya hammer nak tolong aku bukak semula rak tu dan re-assemble. Tak yakin dengan aku katanya. Setelah penat aku memujuk dan meyakinkan tuan punya hammer, berjaya jugaklah aku pinjam dari beliau. Itu pun sebab tuan punya hammer ade hal, dan tak boleh tolong aku. 

So, sampai rumah, aku dengan pantas berusaha untuk demolish rak aku tu. Last-last, aku kena bukak semua semula. Sebab ade part lain yang salah pasang. Alahai. Saje je nak bagi aku berpeluh-peluh dia malam yang dingin ni. 


Maka, inilah hasilnya. Senyum sampai pipi la aku bagitau tuan punya hammer yang aku still boleh pasang sendiri tanpa bantuan tenaga orang lain. الحمدلله. 

Kbai. 



Iced Americano


Iced americano (sweetened)
Pohon Cafe, Mantin. 

Saje je post untuk mengingatkan aku, camne rupa sebijik Americano. 

Rasa dia, tak pahit sangat sebab da sweetened. 

Friday, January 8, 2016

IKEA Bookshelf



LAVIA, IKEA 
RM59 + RM15 (upah PS)

Salah satu sebab kenapa aku mula jatuh cinta dengan perabot IKEA especially yang kayu ialah ade fefeeling main pasang-pasang mainan masa kecik-kecik  dulu. 

Mengimbau kenangan sangat tau. Haha. 

Lepas tu, takde la susah sangat pun assemble barang ikea ni. Based on pengalaman setakat dua ketul rak yang aku pernah beli la. Haha. 

Setakat ni aku suka guna khidmat personal shopper je sebab aku tak perlu nak bersesak kat IKEA tu. Nanti aku share personal shopper yang aku guna. Lagipun, aku tak pandai nak beli kat IKEA tu. Selalu gi IKEA cuci mata, lepas tu makan meatball, balik. Hahaha. 

So kalau guna personal shopper ni, jimat masa kita one thing, then aku tak perlu rasa darat sangat sebab tatau cara nak beli barang IKEA. Kahkahkah. Order je, then gi amek kat PS. 

So, ni gambar assembly rak buku aku. Kengkonon azam baru nak baca #1book1month so kenalah ada rak buku. Bajet buku banyak. Kbai. 


Dalam dunia ni, memang selalu jadi macam ni. Hmm. 

Patah semangat aku. Terus aku letak tepi dinding, kemas-kemas, buat keje sekolah. Lagi berbaloi dari penat-penat pasang, kejap lagi salah pasang. Ironic tau!

Pstt: Ni PS yang aku selalu guna. Akak kawan aku. Area Nilai dan sewaktunya dan Kota Bharu. Ika: 0193363256
www.facebook.com/dekoikea



Thursday, January 7, 2016

20160107


20160107

Engineers Coffee Bar, Nilai
Spaghetti Carbonara dgn potongan Rib Lamb
Marcaroni Creamy Alfredo dgn potongan Rib Lamb
Cinnamon Tea
Earl Grey Tea

Ok. Aku pernah sebut, sejak aku makan spaghetti carbonara kat GomokIpoh, aku terus jatuh hati dengan carbonara. Sebelum ni asyik makan bolognese je. Rupanya carbonara jauh lebih sedap dari bolognese sebab carbonara lebih creamy dan berlemak. Kbai. 

So, aku dah try a few tempat kat Nilai ni yang serve western food; even actually spaghetti is not a western food. Dari cafe hispster, kedai makan biasa, kedai baru bukak, kedai dah lama bukak. Tapi aku tak jumpa lagi kedai yang aku rasa nak datang berkali-kali except this one. So, I award Engineers Coffee Bar Carbonara as the best Carbonara Spaghetti in town!

Mahal sikitlah harga dia. Ade je kedai yg serve RM8 sepinggan, tapi tak cukup umph dan portion kecik sebab appetizer je. Kat sini, RM20, tp portion dia agak besar dan the best is, dia comes with kambing! You should know how much I love kambing. Haha. Kambing biasanya mahal. So, for me, kalau serve with kambing with that price, still reasonable compared to SR. Plus, no GST here. At least for now. 

Cuma kekadang, dia cair, kekadang pekat dan tak berkuah langsung. Maybe depa still belum begitu mahir dalam menstandardkan servings tu kan. Baru bukak lagi kan. Boleh dimaafkan. 

So, orang Nilai, boleh la try Carbonara kat sini.


Ni aku makan masa lain. My one of course carbonara. The other one is English Curry if I'm not mistaken. Haha. Tak ingat. Sekarang depa ade promo weekdays. Set macam ni; spaghetti dan cold beverages , RM26. Per serving la. Plus, for every purchase above RM20 in single receipt, if you flash your valid student card here, you entitled to get 10% discount! Which I love the most. Hahaha. Aku kan dasar suka cari tempat yang ade discount je kejenya. Kehkeh. 

Kbai. 

Syukur


Aku tengah teramat sibuk sekarang. 

Keje opis berlambak. Sebab senior and colleagues ramai yang masih bercuti panjang untuk Christmas. 

Assignment yang memerlukan perhatian yang tidak sikit. 

Project yang turut mendambakan perhatian yang serupa. 

Final exam. 

Susah sebenarnya life student part time ni. Dulu aku ingat aku mampu. Rupanya, Allah je tahu sakit dia camne. 

الحمدلله. 

Allah masih kesiankan aku.

Setiap kali aku sesak dan semput, dialah yang didatangkan Allah untuk membantu. 

Meneman aku study sampai pagi. 
Mendengar bebelan pasal kestressan aku. 
Menolong aku jadi driver bawak aku gi study hampir tetiap malam. 
Semuanyalah. 

Aku bersyukur dengan pertolongan Allah yang datang melalui dia. 

Pst: Gambar terpaksa dikaburkan demi kemaslahatan ummah. Kehkeh. 

Wednesday, January 6, 2016

Sudut Cermin Diri Masjid Disneyland, Johor


Post ni nak test je camne hasil dia bila guna apps kat phone. 

By the way, I found this corner in Masjid Sultan Ismail, UTM JB. 

Rasa nak sangat post kat ig, or tag orang yang aku nak suruh dia cermin diri tu. Tapi, malaslah. Nanti aku pulak kena kecam. 

Dasar hati tisu. 

20160103


20160103
Johor Premium Outlet

Dia punya excited nak update blog tu kekadang pelik jugak. Da post satu, kau mahu lagi.

Time ni, kami gi submit project Advanced Combustion by hand kat Prof. Gila tak gila sanggup gi JB! One thing, memang due date hari tu. Then, nak berjalan pun ye. Kekeke.

Jojo jadi tour guide pusing UTM Skudai.
Jumpa Huda ngan Abg Sidek kat Restoran Agus, Taman U.
Balik singgah JPO.

kbai.

#2015bestnine


Punyalah lama aku tak pakai function kat blogger ni, sampai baru tau yg sekarang nak upload photo drag and drop je dah boleh letak gambar. Haha. Sedih.

Rasa macam nak post gambar kat sini. Selalunya gambar aku post kat ig. Lepas tu selalu rasa nak tulis caption bebanyak dan pepanjang. Tapi bukan semua orang suka nak baca caption pepanjang. Nanti ada yg kata aku bajet Fynn Jamal. Eh.

So, tu gambar pakai menatang 2015bestnine. Aku nampak benda alah ni adik sepupu aku post kat FB. So, terus gi search camne nak buat. Da dapat aku punya, gi stalk orang lain punya bestnine plak.. Lel.

Ok.

So, for me bestnine tu merangkumi most of my life event on 2015.

Gi Surabaya naik Ijen.
Gi Medan naik Sibayak.
Gi Terengganu singgah Taman Tamadun Islam. Sebelum tu gi mencandat sotong. First time hangout jejauh dengan crush. Kahkah.
First time makan Dip & Dip yang aku craving since dengan 'youknowwho' dulu.
First time makan spaghetti Carbonara yang sedap; since then gi memane western je memang aku cari carbonara!
First time guna slowmo time amek video and amek pulak air terjun kat Chilling.

Tu antara event yg aku rasa besar dalam hidup aku sepanjang 2015. Banyak la lagi event besar.

Pursuing masters degree.

Ok, tu je yang aku boleh recall. Kahkah.

Tapi apa pun, I enjoyed my life well enough on 2015. 

2016

Semoga aku travel more
Semoga aku appreciate more
Semoga aku give more
Semoga aku eat enough
Semoga aku pergi lebih jauh

Tapi doa aku, bukan untuk aku je. Untuk semua orang disekeliling aku. Amin.

2016

Bismillah..

2016.

Tak larat rasanya dah nak tiup habuk kat sini. Penuh sangat.

2016.

Tengok Nurul public balik blog dia, rasa nak post something jugak. Itulah aku. Mudah sangat nak terikut dengan orang. Haha.

Entry lama, semua ku draft kan je. Rasa malas nak mengimbau cerita lama. Blog ni pernah jadi personal blog, which aku mengarut my life story kat sini. Pastu, time ade mood amek gambar, kengkonon post gambar bebanyak, bajet gambar lawa. Kahkah. Pastu, bila mood berjalan, post pulak entry pasal berjalan, bajet nak buat travel blog pulak. Aduhai. Takde pendirian langsung!

Nah, sekarang, malas nak buat semua tu, so, draft je semuanya. Start fresh semula.

2016.

Takde kaitan pun entri ni dengan 2016. Kbai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...