what they did

Saturday, August 27, 2016

Bila tengok cerita

Sebelum aku berminat dengan dunia travel, bila aku menonton filem, atau apa-apa drama luar negara, aku sekadar menonton kosong. Kosong maksud aku, aku sekadar tengok jalan cerita, cerita sedih, aku curi-curi menangis, kesat hingus dengan hujung baju. Kalau cerita kelakar, aku ketawa terbahak-bahak.

Aku tak teliti pun lokasi penggambaran cerita, view yang dilatarbelakangkan.  Sumpah tak pernah teliti. Sebab aku rasa semua tu biasa. Tengok cerita sebab kita nak tau jalan cerita, bukan nak tengok view. Haha. Buta betul aku dulu. 

Tapi semuanya berubah lepas aku mula kenal dunia travel. Mula keluar travel ke luar negara. Kalau dulu aku buat bodoh dengan view dalam movie, sekarang sebab satu-satu tempat dalam movie tulah aku berangan nak pergi tempat tu. Sikit demi sikit wishlist aku bertambah lepas tengok satu-satu movie. Haha. 

Tak ada point nak cerita sebenarnya, cuma aku rasa bersyukur dibukakan mata untuk melihat perkara sampingan yg disebalik perkara utama. Bersyukur sebab diberi peluang untuk berangan menjelajah dunia. Bukan semua orang dapat berangan tau. Haha. Tetibe. Bai. 

Thursday, August 25, 2016

Berangan

Lepas baca komen Nurul kat fb yg dia tak suka nak jemput ramai orang gi majlis dia, lalu aku pun sedar aku ngan dia ade perangai yg sepesen. Kah.

Terus aku mencongak-congak, klu majlis aku yg entah bila tu nanti, sape je yg wajib aku jemput. 

1) Member sekolah rendah wajiblah. Sebab sekampung. Haha. 

2) Member sekolah menengah. Sape eh? Yg wajib kena datang, Jojo, Mai, Nad, Pija. Dak kelas Ehsan. Pastu member satu dorm. Ah. Sebenarnya semua dak pompuan wajib datang. Dak laki tak payah pun takpe. Sebab depa tak kenal pun aku. Haha. 

3) Member matrik. Boloq, Ima, Tihah, Ceh Ah, Yana, Kema, Atie, Ijah, Yan, Huda. 

4) Member hiking. Farah, Ain, Kama, Ayien. Aishah. Ecot. Syidawani. 

5) Member Sony. Nurul, Mija, Zie. 

6) Member Asiah. Wana, Dodot, Quya, Aini, Carem, Fateh, Maziah, Diana. 

7) Member Manu. Mira, Shue, Syud, Ijat. 

8) Semua dak manu pompuan. Haha. 

9) Pijo ngan Izat Sufi. Camne boleh lupa depa ni. Haha. 

Ok. Macam ramai pulak. Nanti kena tapis lagi ni. 

Apentah motif aku buat post ni. Kbai. Haha. 

Saturday, August 20, 2016

Ikea lagi





Hasil membeli belah di IKEA Cheras semalam. Terima kasih Jojo ngan Maie teman melayan aku. Haha. 

Oh ya. Semalam plan nak makan kat IKEA Cheras terbantut sebab depa ade IKEA Family punya buffet. Sebab mahal sangat, tak jadi nak join. 

Psstt: Bila kengkawan ko tetibe buat muka aneh sebab ko mula berminat membeli barang-barang deko rumah, ko akan mula fikir, aku dah ke depan sangat ke?

Friday, August 12, 2016

Harry Potter And The Cursed Child: The Review

Nurul mintak aku tulis review pasal Harry Potter and the Cursed Child ni. Sekali dia mintak, aku rasa tanak layan. Sebab aku tau aku tak pandai nak review buku. Haha. Kali kedua dia mintak, aku rasa aku tak patut kecewakan dia. Even it might turn out to be not very professional. Haha. Siap remind aku tu, review, not spoiler. K. 

So, aku baca buku ni dua hari. First impression pasal harga, biasalah tu.. Buku Harry Potter mana yang harga tak masuk akal kan? Lagi-lagi buku nipis. Ke seratus tu normal? Entah. Tapi aku judge buku tu murah ke tak, depends on ketebalan dia. Hahaha. Pergi meninggal la author dia famous nak mati ke pun kan, asalkan buku dia nipis, tp harga dekat seratus, aku tetap rasa mahal dan tak berbaloi (Tp aku beli gak. Hm.)

Aku tak pernah baca scriptbook. Bila tau dia adalah scriptbook, not a prequel, not a sequel katanya, aku confirmlah teruja nak baca. Kata kipas-susah-mati kan?

Tapi bila dah baca, aku rasa nak bagi tiga bintang je kot dari lima. 

1) As I said, aku tak pernah baca scriptbook. So, aku rasa susah nak imagine situasi dalam satu-satu scene.  Salah satu benda yg aku suka dgn ketujuh-tujuh tulisan JK Rowling sebelum ni ialah bagaimana beliau menyampaikan sesuatu perkara dgn begitu detail. Kalau dia explain Hermione masa mula-mula dia muncul kat Hogwarts Express tu la contohnya, dia akan explain dgn cara yg pada aku takde kat kebanyakan penulis lain. Very detail yet funny in terms of words used. Sometimes tak terfikir pun utk describe mcm yg dia describe. Tapi, semua tu aku tak dapat kat buah tangan terbaru JK Rowling ni. Sebab tu aku susah nak imagine satu-satu scene. Atau, mungkin scriptbook memang macam tu?

2) Next point, aku rasa jalan cerita dia tak begitu magik. Memang para penulis masih mengekalkan elemen-elemen magik dalam buku ni. Masih ada macam-macam spells, masih gunakan wands, etc. Tapi, semuanya benda lama. Yang diolah semula utk dijadikan jalan cerita baru. Kalau kita baca novel sebelum-sebelum ni, mesti ada new spells to be learned, new adventure to be explored. Buku terbaru ni, sorry to say, kalau anda menantikan sesuatu yang baru, as what I've been expecting, takde pun. Haha. Buku baru ni lebih menekankan elemen-elemen kekeluargaan, mungkin sebab Harry sendiri dah agak berusia kan. Mungkin. 

Dua je point aku sebenarnya. Haha. Tapi tu la aku punya review ikut pendapat aku. Mohon Nurul tak kecam aku sebab aku tak pandai review. Haha. 

:: Nurul, ada goodreads? Add aku sat. Hehe. 

Friday, August 5, 2016

Tanam Pandan Part 2

Petang semalam, aku baru teringat pokok pandan aku belum settle. Balik rumah, tengok daun dah mula kekuningan. Haha. Sadis betei aku ni. Mula la gelabah nak cari tanah dan pasu sebab kawasan rumah aku takde tempat yang sesuai nak tanam kat tanah. Kekonon nak beli pasu ikea kau. Tapi macam mahal dan tak besar sangat. So, decide nak cari pasu kat nursery je. Banyak sikit pilihan. 

Kebetulan masa service Bonoq aku tu tengahari tadi, nampak tong-tong minyak bersusun kat bengkel kereta tu. Encik Labu pun tanya la kalau-kalau ada tong kosong boleh sedekah kat kami. Alhamdulillah, ada satu. Jadi time singgah nursery, kami beli tanah hitam je. Empat plastik tanah biasa RM6. Aku tak pernah beli tanah, jadi aku tak tau murah ke mahal. 

Tapi sempat lagi bergurau dengan Encik Labu. "Kita beli tanah ni je lah banyak-banyak. Sebulan empat paket. Lama-lama dah banyak nanti, boleh buat rumah."

Ok, hambar nak mati. 

Rezeki pulak, balik office, sorang member kami offer tong lain. Sebabnya, aku nak potong dua tong yang aku dapat dari bengkel tadi. Dia kesian agaknya. Jadi dia offer tong lain untuk aku. Siap pesan, lain kali kalau nak lagi, bagi tahu je dia.

Maka, balik rumah malam tu, mula la aku menggunakan logik aku untuk menanam pokok pandan itu. Haha aku guna tong yang aku dapat dari member aku tu je sebab tong bengkel tu aku da potong dua (niat nak tanam pokok yang akar tak terlalu menunjang). 


Aku guna dua beg setengah untuk tanam pokok pandan ni. Lepas siram air, aku doa bebanyak, mudah-mudahan pokok aku tak mati. Amin.


Monday, August 1, 2016

Bakal tenant

Hampir setengah bulan aku cuba iklankan bilik untuk disewa di mudah dan 7E. Hujung bulan Julai, ada nombor yang tak dikenali mesej. Alhamdulillah, dia bertanya tentang bilik. Rupanya, dia student kolej baru di kawasan kami. Sudah penat menumpang di rumah kawan-kawannya katanya. Dia ingin menyewa bilik, tapi duduk empat orang sebilik. Aku pulak yang terkejut. Boleh ke budak-budak ni nak duduk bilik tu sampai empat orang? Selepas berbincang dengan Encik Labu, aku bersetuju untuk benarkan hanya dua orang menyewa bersama aku. Budak tu setuju. Dia nak datang tengok rumah esoknya, dan kalau ok, nak masuk terus katanya. Aku ok kan saje. Sebab setakat seminggu, apelah nak berkira sangat. 

Tiba-tiba malam tu dia mesej semula. Terpaksa cancel sebab ibu bapa mereka tak benarkan mereka menyewa sendiri. Aku senyum je la. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. 

Tak sampai sejam, ada satu lagi nombor tak dikenali mesej. Nak tanya bilik jugak. Aku dengan berbesar hatinya, menerima temujanji beliau yang katanya nak datang tengok rumah esok. Dalam hati terdetik juga kagum sebab tiba-tiba ramai pula yang mesej. 

Esoknya seperti yang dijanjikan, bakal tenant datang tengok bilik. Gayanya dia berpuas hati dan bersetuju nak masuk 1hb. Aku setujukan je la. Takde la pulak rasa nak mintak booking fee atau deposit. 

Dua hari sebelum 1hb, aku mesej semula bakal tenant, untuk double comfirm. Dia kata ya, dia akan masuk 1hb. Bawak barang-barang terus. 

1hb pagi, kawan-kawan ajak lepak KL petang 1hb lepas kerja. Aku sedikit teragak-agak untuk bersetuju kerana telah berjanji dengan bakal tenant. Atas nasihat Encik Labu, aku whatsapp semula bakal tenant. Lama, mesej aku cuma dibaca, tapi belum berbalas. Kawan-kawan aku tak boleh tunggu aku untuk decide, jadi mereka plan tanpa aku. Takpelah, nak buat macam mana kan. Bukan rezeki nak jumpa kawan-kawan. 

Lebih kurang pukul 5 petang, baru bakal tenant balas mesej aku. 

"Awak, akak mintak maaf. Akak tak jadi sewa bilik awak."

Allah hai. Sekali lagi aku tarik nafas panjang-panjang, hembus.

"Takpelah kak. Nak buat macam mana. Takde rezeki. 😊"

Rasa nak marah sebenarnya. Sudahlah lewat beritahu. Aku tak dapat jumpa kawan aku. Rasa nak mengamuk je. Tapi entah dari mana datangnya suara yang memujuk aku supaya bersabar. 

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mungkin kalau aku pergi jugak ke KL, tren rosak tengah jalan ke, accident ke. Mungkin juga Allah nak suruh aku stay je kat rumah ni sorang sebab dua tiga minggu lagi parents Encik Labu nak datang meminang aku dan kami akan bernikah lagi sebulan? Siapa tau kan?

Perancangan Allah itu sesungguhnya lebih baik. Dia lebih tahu. Sabar ye. 

Makanya, masihlah aku duduk sorang kat rumah sewa ni. Happy happy je deko rumah kan. Hiks. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...