what they did

Monday, August 1, 2016

Bakal tenant

Hampir setengah bulan aku cuba iklankan bilik untuk disewa di mudah dan 7E. Hujung bulan Julai, ada nombor yang tak dikenali mesej. Alhamdulillah, dia bertanya tentang bilik. Rupanya, dia student kolej baru di kawasan kami. Sudah penat menumpang di rumah kawan-kawannya katanya. Dia ingin menyewa bilik, tapi duduk empat orang sebilik. Aku pulak yang terkejut. Boleh ke budak-budak ni nak duduk bilik tu sampai empat orang? Selepas berbincang dengan Encik Labu, aku bersetuju untuk benarkan hanya dua orang menyewa bersama aku. Budak tu setuju. Dia nak datang tengok rumah esoknya, dan kalau ok, nak masuk terus katanya. Aku ok kan saje. Sebab setakat seminggu, apelah nak berkira sangat. 

Tiba-tiba malam tu dia mesej semula. Terpaksa cancel sebab ibu bapa mereka tak benarkan mereka menyewa sendiri. Aku senyum je la. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. 

Tak sampai sejam, ada satu lagi nombor tak dikenali mesej. Nak tanya bilik jugak. Aku dengan berbesar hatinya, menerima temujanji beliau yang katanya nak datang tengok rumah esok. Dalam hati terdetik juga kagum sebab tiba-tiba ramai pula yang mesej. 

Esoknya seperti yang dijanjikan, bakal tenant datang tengok bilik. Gayanya dia berpuas hati dan bersetuju nak masuk 1hb. Aku setujukan je la. Takde la pulak rasa nak mintak booking fee atau deposit. 

Dua hari sebelum 1hb, aku mesej semula bakal tenant, untuk double comfirm. Dia kata ya, dia akan masuk 1hb. Bawak barang-barang terus. 

1hb pagi, kawan-kawan ajak lepak KL petang 1hb lepas kerja. Aku sedikit teragak-agak untuk bersetuju kerana telah berjanji dengan bakal tenant. Atas nasihat Encik Labu, aku whatsapp semula bakal tenant. Lama, mesej aku cuma dibaca, tapi belum berbalas. Kawan-kawan aku tak boleh tunggu aku untuk decide, jadi mereka plan tanpa aku. Takpelah, nak buat macam mana kan. Bukan rezeki nak jumpa kawan-kawan. 

Lebih kurang pukul 5 petang, baru bakal tenant balas mesej aku. 

"Awak, akak mintak maaf. Akak tak jadi sewa bilik awak."

Allah hai. Sekali lagi aku tarik nafas panjang-panjang, hembus.

"Takpelah kak. Nak buat macam mana. Takde rezeki. 😊"

Rasa nak marah sebenarnya. Sudahlah lewat beritahu. Aku tak dapat jumpa kawan aku. Rasa nak mengamuk je. Tapi entah dari mana datangnya suara yang memujuk aku supaya bersabar. 

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. Mungkin kalau aku pergi jugak ke KL, tren rosak tengah jalan ke, accident ke. Mungkin juga Allah nak suruh aku stay je kat rumah ni sorang sebab dua tiga minggu lagi parents Encik Labu nak datang meminang aku dan kami akan bernikah lagi sebulan? Siapa tau kan?

Perancangan Allah itu sesungguhnya lebih baik. Dia lebih tahu. Sabar ye. 

Makanya, masihlah aku duduk sorang kat rumah sewa ni. Happy happy je deko rumah kan. Hiks. 

2 comments:

  1. ko dah beli rumah ke ili? *mata kagum.
    Btw, aku paham sangat macam mana sakitnya hati tu bila cari housemates. Time tanya beria cakap confirm siap suruh reserved. Last2 cancel. Takpun ada yang pesen duduk sebulan dua. 2 minggu pun ade weh. Belum cita bab kebersihan lagi. Aku rasa dah tak sabar sangat dah nak berambus dari rumah tu.

    ReplyDelete
  2. Ehhh. Manade. Tak beli pun lagi. Ni aku kengkonon pindah sbb planning masa depan ni. Hahaha. Kann?? Aku pun ade pengalaman lain yg tak best ngn housemate. Kena tipu duit sewa. Mujur sebulan je. Sedih betei.

    ReplyDelete

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...