what they did

Wednesday, February 15, 2017

KL-HCMC-KL Overland: Cambodia Part 1

Salam'alaik

Haha.. Kan aku dah kata, separuh jalan je semangat aku nak update kisah overland aku. Malas begitu mudah menguasai. Lagi satu sebab, aku dah lupa! Haha. Tapi takpelah, aku gagahkan juga belek gambar lama dan cuba untuk refresh memory. Sila datang kembali wahai memori.

-------------------------------------------

Kat dalam bas menuju ke Phnom Penh, seat aku hat paling belakang. Waktu naik tu, tak ramai lagi penumpang. Lepas bas mula bergerak dan singgah ke beberapa pit stop, bas makin ramai yang naik dan akhirnya penuh sebelum benar-benar meninggalkan bandar Ho Chi Minh.

Aku tak ingat dah berapa lama lepas tu kami sampai ke border Vietnam-Cambodia. Kat situ, kami kena turun dari bas, berkumpul dan beratur beramai-ramai untuk stamp passport keluar Vietnam. Simple gila border tu. Macam rupa gudang pun ada. Lepas habis stamp passport, kami kena naik bas semula untuk ke border belah Cambodia. Kat sini lebih nice. Sikit la. Lepas settle urusan kat border, perjalanan diteruskan. Entah berapa kali aku bangun tido dan bangun semula, akhirnya kami sampai ke bandar Phnom Penh. Waktu tu dah jam 9 malam waktu tempatan.

Sampai je, benda pertama aku cari, toilet. Haha. Lama tu atas bas tadi. Mujur office company bas yang aku naik tu ada toilet. Mudahlah kerja aku. Lepas settle urusan, perkara kedua, cari tiket bas ke Battambang. Aku tak ingat kenapa aku tak beli tiket kat company bas yang sama dari HCMC ke PP tadi, mungkin tiket habis atau tiket lewat atau juga mungkin mahal. Tapi waktu lepas cancel nak beli tiket dari bas Ibis (bas dari HCMC ke PP), ada sorang mamat datang offer tuk tuk dia. Aku beritahulah yang aku nak cari tiket bas ke Battambang, then nak cari kedai makanan halal then nak cari sim kad local. Dia cakap dia tau semua tu dan dia boleh bawak aku gi cari semua tu dan hantar aku semula ke stesen bas untuk ambik bas ke Battambang. Bagai orang mengantuk disorong bantal, setuju je la kan. Haha.

Lepas nego harga, dia pun bawak ke kaunter jual tiket bas. Alhamdulillah penjaga kaunter tu speak a decent English. Much better than me pulak tu! So dia pun promote la bamboo train kat Battambang yang memang aku dah bubuh dalam itinerary aku. Urusan jual beli tiket berakhir segera. Aku beli katil atas. Ok, bas depa ni ada sleepers which going to be a new experience for me. Mana ada bas ada katil kat Malaysia kan. Dua tingkat pulak tu. Aku ambik katil atas. Nanti kita cerita rupa katil tu macam mana. Haha.

Lepas settle urusan tiket, mamat tuktuk tu bawak aku ke tuktuk dia. Rupanya dia mencari rezeki ditemani wife dia dan anak dia sorang. Bagus betul wife dia. Mamat tu bawak la aku gi cari sim kad dan kedai makanan halal. Waktu tu kedai banyak dah tutup. Rasanya dah kira lewat malam jugak waktu tu. Kira rezeki la dapat beli simkad dan dapat makan kat kedai halal lepas seharian tak makan. Salah seorang pekerja kedai makan tu pernah menetap kat Johor rupanya, jadi dia fasih la cakap Melayu. Dia kata kat PP tu tak banayk kedai makan halal. Entah ye entah tak. Layan je la. Haha. Aku tumpang solat kat kedai makan tu. Lepas siap solat, waktu dah dekat pukul 10. Mamat tuktuk hantar balik ke stesen bas dan bas rupanya dah tunggu. Haha. Mujur tak terlepas bas je.

Ok tibalah part best. Haha. Aku memang tak boleh bayangkan la rupa bas berkatil ni macam mana. Sebelum naik, depa suruh tanggal kasut, masuk dalam plastik beg. Naik bas je, suasana suram. Laluan tengah sempit muat-muat je nak lalu sebab kiri kanan dah penuh dengan katil. Sampai ke katil aku, nak memanjat tu dah satu hal. Badan beratlah katakan. Lepas tu katil atas punyalah sempit. Cuba imagine, kalau kita naik bas ekspress kan ada tempat simpan beg kat atas kepala tu kan? Jarak antara tempat letak beg dengan katil tempat baring adalah lebih kurang dua jengkal. Kira senang cerita, depa kata boleh muat dua orang, tapi kalau naik dua orang, sorang akan tersiksa tak boleh duduk sebab terlalu sempit. Belum kira lagi katil aku tu air cond rosak, tak boleh slow. Beku woi!

Makanya sepanjang perjalanan aku rasa nak maki tapi ku tahan jebat. Haha. Tapi lelap la jugak maybe sebab penat kan. 

Around pukul 4 pagi kot, konduktor bas kejut kata dah sampai Battambang. Dengan muka selebet bangun tido, cepat-cepatlah turun bas. Turun je bas, dah kemain ramai penunggang moto tunggu, tanya nak gi mana. Semua berjaya kutepis. Aku cari port yang agak jauh dari depa semua. Bagi aku masa fikir kejap. Blur tak hilang lagi. Ada mamat lain pulak datang bertanya aku nak ke mana. Aku tak layan lagi sambil perhati sekeliling. Seriuslah. Sunyi kot kawasan bas tu turunkan kami. Lepas bas tu blah, dan moto-moto yang ada bawak penumpang depa, tinggallah a few other penunggang motor yang masih melepak menunggu penumpang dari bas seterusnya mungkin. Selain tu, takde apa pun kat situ. Bas turunkan kami semua memang tepi jalan. Bukannya stesen bas. Seriau gak aku. Dah la memang tak tau nak menuju hotel mana. Haha. Sementara mamat tu duk pujuk lagi suruh naik dengan dia, aku sempatla jugak search hotel terdekat. So, sebab cuak nak stay situ lama-lama, aku pun agree je la nak naik dengan mamat tu gi hotel yang aku search tu.

Alhamdulillah, selamat sampai ke hotel yang dituju. Alhamdulillah jugak hotel tu boleh je check in even pukul 4 pagi. Haha. Phew, lega dah dapat bilik. What a journey.

Ok, sampai sini dulu. Aku malas nak upload gambar. Nanti kalau ada aku update. Haha.

Ciau~

2 comments:

  1. Aku rasa yg plg mencabar part katil atas bas tu. Trauma aku klo katil jarak 2 jengkal je. Aku clastrophobic (xtaw betul ke tak eja), fobia dengan tempat sempit 😅

    Membayangkan je dah buat aku rase lemas. Over. Mcm mana la dalam kubur. Sobss 😭

    ReplyDelete
  2. Upload gambo pliss.. Aku bercita2 jgk nk jalan pi sana. Tp ko g ngan sapa ni?

    Beriya aku spam bnyk2 komen..hahaa

    ReplyDelete

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...