what they did

Friday, February 17, 2017

KL-HCMC-KL Overland: Cambodia Part 2

Salam'alaik...

Aku dah try godek-godek hard disk, tapi tak jumpa la gambar yang sesuai nak letak kat post sebelum ni. Dan yang paling frust, gambar katil dalam bas tu takde! Haha. Mesti aku tengah menggelabah masa tu sebab bas dah nak jalan, so tak terfikir nak ambik gambar. Maaflah ye. Hehe. Dan lagi satu, aku tak perasan aku ada mention di mana-mana, tapi untuk pengetahuan korang, aku gi trip ni ngan member aku.

------------------------------------

Nama hotel yang aku mintak driver motor semalam tu hantar ialah Seng Hout Hotel. Bilik kat hotel tu agak nice la. Ambik bilik yang ada kipas, takde aircond. Sebab planning nak stay kejap je, membazir kalau ambik aircond. Dapat je bilik, membuta la kejap. Buat hilang penat. Tapi tak dapat nak lama, sebab nak kejar masa. Banyak tempat jugak nak pusing Battambang ni.

Sebelum jam 9 pagi, aku dah turun gi receptionist. Mintak depa carikan driver tuk-tuk. Oh, lupa. Semalam masa tunggu receptionist hotel ni bukak pintu, ada guard hotel yang fasih berbahasa Melayu, suggest kami ambik sorang driver tuktuk ni. Actually hotel ni ada a few tuktuk driver yang depa dah letak dalam list kat guest book depa. Dan tuktuk driver yang guard hotel malam tadi bagi tu pun rupanya memang ada dalam list tu. So, receptionist hotel tolong contact tuktuk driver tu, dan alhamdulillah dia free dan boleh ambik kami around 9.30 pagi. So sementara tunggu driver tu sampai, berselfie je la kat lobi hotel. Haha.



Bila tuktuk driver sampai, kami bagitau la dia plan kami roughly hari tu. Selepas nego-nego harga dan lokasi-lokasi dan anggaran masa untuk catch van ke sempadan Thai, so kami pun bergeraklah ke destinasi pertama, Bamboo Train. Tak jauh pun hotel tu dengan Bamboo Train tu. Around 15 minit je. Lupa, kami terus check out dari hotel tadi sebab kami nak ke border Cambodia-Thai hari yang sama. Haha. Sekejap gila check in. Tapi ok la, hotel bagi harga discount jadi $5 sebab half day.


Sampai je Bamboo Train, ramai la jugak orang dah masa tu. Kami tinggalkan beg kat tuktuk even mula-mula was-was jugak nak tinggal. Tapi tawakkal je la. Ada pegawai beruniform yang jaga dan kena bayar, $5 per person. Bamboo Train ni, orang kat sini panggil Norry. Bamboo Train ni sebenarnya rail keretapi lama yang tak jadi kot. Aku lupa history dia. Haha. Jadi silalah google. Tapi yang menarik pasal  Norry ni yang buat kami cancel route Siem Reap dan menuju ke Battambang instead, adalah sebab cara depa kendalikan train ni. Basically Norry ni diperbuat dari buluh-buluh yang disusun dan depa letak atas pulley la kot namanya, macam roda. Then nak bagi benda alah ni bergerak, depa letak motor. Then, depa letak satu norry atas rail keretapi. Rail keretapi pulak ada satu je. Jadi kalau ada lagi satu norry yang datang dari arah bertentangan, sallah satu nory kena mengalah dan depa akan disassemble norry ni untuk bagi laluan norry lagi satu lalu. Lepas tu assemble semula norry dan bolehlah teruskan perjalanan. Faham tak? Haha.

Gambar ihsan google sebab aku takde gambar yang senonoh untuk dipertontonkan. Ini la rupa norry.
Sepanjang perjalanan tu memang berkali-kali la turun naik norry ni untuk bagi laluan kat norry lain untuk lalu. Nice experience. Haha. Lepas sampai hujung landasan tu, driver tinggalkan dalam 10 ke 15 minit, lepas tu kami pun patah balik. Kat hujung landasan tu ada la beberapa kedai yang jual shawl, air kelapa. Tapi sebab bajet yang sangat terhad dan harga yang depa letak pulak kemain mahal, so takde la aku membelinya. Haha. Kesian depa. So, basically itu je la route norry tu.

Settle norry, hari dah tengahari. Driver tuktuk bawak gi beli roti daging buatan Muslim. Serius terbaik weh. Daging tu depa handmade. Tapi kami makan roti tu malam tu masa kat Arayanpratet. Sebab takut tak jumpa kedai halal. Haha. Lepas tapau roti, driver tuktuk bawak kami makan nasi untuk lunch. Menu simple je, tapi sedap. Maybe sebab lapar kot. Haha. Bila kau dapat makan nasi kat negara orang ni, kau akan rasa nikmatnya makan. Haha.

Kedai jual roti daging marvellous!
Menu tengahari. Ikan talapia tasik Tonle Sap tu. Pastu kami jatuh cinta dengan teh Cambodia di sini. Haha.

Then, destinasi seterusnya, killing field. Kat sini la aku banyak belajar sejarah Cambodia yang selama ni aku tak pernah tau. Killing field ni menyimpan memori tentang kekejaman suku Khemr membunuh 10008 orang rakyat marhaen yang tidak berdosa hanya untuk menunjukkan kuasa. Peristiwa hitam ni berlaku sekitar tahun 70-an. Ilustrasi kekejaman suku Khmer ni dipahat di dinding wat kat sini. Menurut driver tuktuk tu, zaman sekarang ada lagi saki baki suku Khmer ni, tapi depa duduk terasing kat sempadan-sempadan Cambodia.

Antara ilustrasi yang mengisahkan kekejaman kaum Khmer.

Cerita yang berlaku. Sila zoom untuk paparan lebih jelas.

Sebaklah jugak aku baca kisah sejarah depa ni. Tahun 70-an tak la lama sangat. Kita kat Malaysia dah merdeka dah waktu tu. Tapi rakyat Cambodia hidup dalam ketakutan lagi. Sebak woo.

Habis di killing field, kami ke satu wat bernama Wat Ek Phnom. Yang menariknya tentang wat ni, ia adalah wat yang tertua di Battambang. Kira tak pergi Angkor wat tapi gi wat ni, kira ok la kan. Aku sejak gi Candi Borobudur dulu dan kecewa dengan ketidakbest-annya, aku terus tak minat nak gi candi, wat dan yang seangkatan. Sebab tu aku reject Angkor Wat dan ke Battambang. Haha. Tapi dah takde tempat lain nak pusing, gi je la wat ni kan. Haha. Dapatlah jugak minum air tebu kat luar wat tu menghilangkan haus. Kakaka.

Tapi sebelum sampai ke Wat Ek Phnom, tuktuk driver bawak kami ke tempat memproses rice paper. Rice paper ni depa buat macam balut popia ke ape ntah. Tapi makanan tradisi depa la

Proses pengeringan.

Dua beranak yang tengah bekerja.

Wat Ek Phnom.
 Cukuplah sampai situ dulu. Nanti aku sambung cerita lagi. Haha.
 Ciau~

Driver tuktuk yang berbakti.

No comments:

Post a Comment

what do you think?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...